klik klik

Monday, November 19, 2012

MODUL KECEMERLANGAN PQS NEGERI SEMBILAN 2012


ASSALAMUALAIKUM... YANG NI PULAK MODUL KECEMERLANGAN PQS NG 2012.. HARAP DAPAT DIMAANFAATKAN DAN DIKONGSIKAN BERSAMA KEPADA PARA USTAZ DAN USTZAH YANG SAMA BIDANG DGN SAYA HARAPNYE SUDI2 LAH SHARE BAHAN PULAK DGN SAYA..:) BAHAGIAN 1......SOALAN MODUL Modul Kecemerlangan PQS NS 2012 BAHAGIAN 2 ........SKEMA PEMARKAHAN Peraturan Pemarkahan Modul Pqs n9 2012

Modul Kecemerlangan PQS Negeri Selangor 2012

Assalamualaikum..disini saya sharekan modul kecemerlangan N. Selangor..
Maaf sb sngt lambat mengupload..
Ape ape pun..diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya...
ade 5 item

1) PENGAJIAN ALQURAN

Item P Al-Quran Nazri 2012 (25 Mei 2012)
2) ULUM AL-QURAN Item Ulum Al-Quran (25 Mei 2012) 3)ULUM HADITH Item Ulum Al-Hadis (25 Mei 2012) 4) TAMADUN Item Tamadun (25 Mei 2012).Doc 5) AKHLAK Item Akhlak (25 Mei 2012) DAN AKHIR SEKALI PERATURAN MARKAH peraturan pemarkahan

Friday, November 2, 2012

pedagogi

  • demonstrasi : tunjuk cara

          contoh
          guru menunjukkan cara bertayamum


  • lakon semula : follow semula

         contoh
         pelajar meniru demonstrasi tayamum yang telah dilakukan oleh guru



  • simulasi : situasi dan seluruh set menyerupai keaadan atau situasi asal

         contoh
         pelajaran muamalat
         1) penjual
         2) pembeli
         3) barangan


  • amali : betul2 dilaksanakan 
         contoh
         amali solat



Wednesday, September 26, 2012

SKEMA PQS 2012


skema jawapan pqs 2012

PERCUBAAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNNAH 2012 NEGERI SEMBILAN


all the best ya buat yang pulun strive dlm spm... dengan ucapan bitaufiq wa najjah btw...for those who need supplement tuk energy focus...


SKEMA PENDIDIKAN SYARIAH 2012 NEGERI SEMBILAN

PENDIDIKAN SYARIAH : PERCUBAAN SPM 2012 KERTAS 2 NEGERI SEMBILAN

all the best ya buat yang pulun strive dlm spm...
dengan ucapan bitaufiq wa najjah
btw...for those who need supplement tuk  energy  focus...


PERCUBAAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 2012 NEGERI SEMBILAN


PERCUBAAN PEN SYARIAH ISLAMIAH 2012 NEGERI SEMBILAN

Wednesday, August 29, 2012

Ujian Setara 2 PJK Form 4

Hubungkait Antara Kemikinan dan HIV di Nigeria


Tajuk : On the causal links between poverty and HIV in Nigeria, 1990-2009:
An application of Granger causality and co-integration techniques

Peningkatan kadar wabak HIV/AIDS memberikan cabaran yang hebat terhadap individu, masyarakat dan negara. Pengkaji cuba merungkai persoalan samada kemiskinan merupakan penyumbang utama peningkatan wabak ini. Kemiskinan, kelaparan, penyakit dan pengangguran yang semakin berleluasa memberi kesan yang amat buruk kepada ekonomi dan kualiti hidup rakyat. Pendapatan yang minimum serta kesukaran mendapatkan air dan udara yang bersih, elektrik, sistem perparitan, kemudahan kesihatan dan keadaan keseluruhan alam sekitar.telah menjejaskan kualiti hidup masyarakat . Gejala ini telah menyebabkan peningkatan penyakit berjangkit terutamanya  HIV/ AIDS .

Nigeria adalah negara  kedua tertinggi didunia yang telah dijangkiti dengan HIV iaitu sebanyak 2,98 juta penghidap HIV/ AIDS   dan sebanyak 192,000 kes kematian telah dianggarkan berlaku pada tahun 2009. Oleh yang demikian pengkaji bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara kemiskinan dan HIV. Kajian itu  juga bertujuan untuk mengesahkan samada kemiskinan adalah faktor peningkatan dengan HIV di Nigeria atau wujud faktor-faktor yang lain penyumbang  dengan menggunakan (VECM)Vector Error Correction Model (VECM). Pengkaj juga berhasrat agar kajian itu dapat digunakan untuk masa hadapan memandangkan belum ada kajian secara mendalam telah dilakukan terhadap kes ini.

Melalui kajian literature didapati terdapat pelbagai faktor yang berkait samada secara lansung atau tidak lansung dengan peningkatan kadar HIV / AIDS. Kajian lepas yang dijalankan oleh Acemoglu & Johnson, (2006); Young, (2005); Mbirimtengerenji,(2007) mengesahkan bahawa wujudnya perkaitan antara kemiskian dan HIV/ AIDS. Bagaimanapun wujudnya faktor tambahan seperti  seperti migrasi, peperangan, sex, jangkitan wabak, tahap pendidikan, kemudahan kesihatan dan gejala sosial yang turut menyumbang dalam peningkatan HIV / AIDS. Kajian Mackenbach (2004), Newton (2007); ACPH (1999), Bon (2009), Ezeamama (2005) telah menunjukkan bahawa tahap kesihatan berkait rapat dengan kemiskinan  dimana pendapatan yang rendah meningkatkan kemurungan, penyakit , penyalahgunaan dadah dan kematian bayi. Kajian dibuktikan dengan peratusan kemurungan dan kadar kematian bayi di Kanada adalah lebih tinggi  dikalangan golongan yang berpendapatan rendah berbanding golongan yang berpendapatan tinggi. Ini membuktikan kadar kemiskinan memberikan impak kepada tahap kesihatan penduduk.

Dalam mengupas hubungkait antara kemiskinan dan HIV/AIDS. Pengkaji membawa penemuan oleh Loewenson & Whiteside( 2001) da UNAID ( 2002) yang mengatakan bahawa HIV/AIDS telah meransang peningkatan kadar kemiskinan iaitu sindrom ini akan menjejaskan keupayaan individu, keluarga dan komuniti yang akhirnya memburukkan lagi kadar kemiskinan mereka. Sebaliknya Barnett & Whiteside (2002); Bloom (2002); Masanjala ( 2006) melihat faktor kemiskinan telah meransang peningkatan HIV bahawa ketiadaan hak asasi dan kemiskinan boleh memaksa orang ramai untuk melibatkan diri dalam kehidupan berisiko seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah, dan penghijrahan serta gejala sosial yang tidak bermoral yang akhirnya meningkatkan kebarangkalian mereka mendapat penyakit .

Walaupun banyak kajian yang menyebut tentang hubungkait kemiskinan dan HIV namun masih belum kajian yang membuktikan tentang penglibatan isu kemiskinan diatas peningkatan HIV di Sub Sahara Afrika dimana konsteks kemiskinan turut diperluaskan dalam  dalam aspek kesukaran mendapatkan pendidikan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan sosial. Wabak yang telah menunjukkan angka kematian yang tinggi di negara itu turut sama dihadapi di India, Russia dan Brazil yang telah memberi impak yang besar dalam sosio dan ekonomi masyarakat.

Pengkaji telah menggunakan beberapa ujian dalam kajiannya untuk mengkaji hubungan antara wabak HIV dan kemiskinan. Antaranya adalah ujian Granger ,ujian Fullerdan Phillips-Perron ,ujian Johanson dan VECM. Data diperolehi berdasarkan tahun 1990 daripada  World Bank Statistical Yearbooks, United Nations Programme on AIDS (UNAIDS), World Health Organization (WHO) dan National Bureau of Statistics (NBS). Ko-integrasi antara pemboleh ubah menunjukkan kewujudan sebab akibat antara siri pembolehubah, tetapi tidak menunjukkan
arah hubungan sebab dan akibat (Mozumdar & Marathe, 2007).

Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bukti yang jelas tentang kemiskinan adalah penyebab utama peningkatan HIV di Nigeria. Bagaimanapun  terdapat hubungan yang signifikan antara HIV dan peningkatan kadar kemiskinan. Pengkaji juga telah menemukan faktor-faktor utama peningkatan wabak HIV iaitu melalui perhubungan sex, , pemindahan ibu yang mengandung keada anak yang dikandung, peralatan perubatan yang tidak disteril atau dibasmi dan melalui pemindahan darah . Peralatan perubatan yang tidak dibasmi dengan baik telah  menyebabkan berlakunya pemindahan HIV secara tidak sengaja  adalah bukti kepada  sistem kesihatan yang lemah yang berpunca  daripada kemiskinan yang membelenggu negara itu.

Pengkaji juga melihat kemiskinan yang membelenggu Nigeria adalah disebabkan  gejala rasuah secara berleluasa. Gejala ini yang didominasi oleh golongan elit telah  menyebabkan pembangunan ekonomi terbantut dan pelaburan negara semakin jatuh yang akhirnya menyebabkan negara menanggung hutang yang tinggi. Kemiskinan diburukan lagi dengan wabak HIV / AIDS yang mengakibatkan pengurangan produktiviti, peningkatan liabiliti untuk kos perubatan, kemurungan dan peningkatan kematian yang tutrut memberi impak terhadap ekonomi.

Melalui applikasi Johansen co-integration dan ujian Ganger yang telah digunakan oleh pengkaji, hubungkait dan implikasi antara HIV dan kemiskinan dapat dikenalpasti. Sebelum co-integration dijalankan applikasi ADF dan PP telah digunakan untuk membuktikan adanya hubungkait dalam jangka masa yang panjang antara kedua-dua pembolehubah. Bagaimanapun hasil dapatan menunjukkan tiada hubungan secara lansung antara kemiskinan dan HIV walaupaun wujudnya hubungkait yang jangka masa panjang. Pengkaji menjelaskan bahawa kemiskinan bukanlah penyebab peningkatan HIV di Nigeria dimana pengkaji bersetuju dengan dapatan pengkaji yang terdahulu bahawa pendidikan yang lemah, pologami, dan sistem kesihatan yang rendah merupakan faktor yang lebih kuat berbading kemiskinan. Pengkaji juga mencadangkan agar sistem pendidikan dan tahap kesihatan dipertingkatkan. Manakala dalam aspek poligami yang dianjurkan oleh agama tidak boleh ditolak dan disalahkan sebaliknya perlunya kerjasama antara pemimpin dan ulama’ dalam memberi kesedaran akan kepentingan ujian saringan HIV kepada setiap bakal pengantin. 

Konsep Pendidikan Islam





KRITIKAN JURNAL :
AN ISLAMIC CONCEPT OF EDUCATION
J MARK HALSTEAD

Pengkaji menyatakan tentang kurangnya kajian tentang falsafah pendidikan Islam berbanding tahun 1300 dimana ketika itu Islam kaya dengan tradisi keilmuan bahkan hampir setiap disipilin ilmu dikuasai oleh tokoh ilmuan islam. (Hashim Musa 2001: Shahrough Akhavi 2003) menjelaskan tentang kehebatan tamadun Islam yang lampau sehingga mampu menjadi sumber ilmu kepada tamadun Eropah. Pengalaman budaya ilmu dirancakkan dengan dengan pencarian ilmu sebagai suatu usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta sehingga ianya dianggap sebagai matlamat hidup yang uatama. Bahkan polemik keilmuan tidak diepngaruhi dengan campurtangan politik. Keadaan ini menyebabkan ulama’ dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Kebudayaan ilmu juga bersikap terbuka tanpa mengira asal-usul dan jenisnya dan diawasi dengan analisis kritikal terhadap ilmu tanpa sifat ketaksuban kepada seseorang guru. . hasilnya penyelididkan dapat digiatkan sehingga melahirkan sejumlah besar karya-karya sintesis yang bermutu .( Rahimin Affandi 2002)
Kegemilangan tamadun ini tidak kekal lama yang berpunca daripada kelalaian umat Islam untuk berpegang kepada wahyu (al-Quran dan as-Sunnah), amalan taklid , khurafat dan bida’h. ( Rahimin Affandi 2002) . Budaya keilmuan kian suara disebabkan pelbagai faktor antara  disebabkan kerana percanggahan pendapat antara ilmuan Islam. Bahkan warisan-warisan Islam khususnya hasil karya tokoh ulama Nusantara kurun 16019 jarang diketengahkan dan dilihat sebagai lambang kemunduran (Wan Suhaimi, 2001)
Peluasan tamadun Islam di Mesir, India, Prasi, Greek dan Syria telah membawa masuk kepelbagai elemen termasuklah falsafah yang akhirnya diintegrasikan kedalam Pemikiran Islam. Melalui penterjemahan karya kalasik Aristotle ke dalam bahasab Araba berlaku di zaman pemerintahan khalifah al-ma’mun. iaitu mereka menterjemahkan karya-karya metafizik dan dan akhlak. (Abdul Halim Mahmud 2000). Penterjemahan ini telah melahirkan pelbagai aliran dan tokoh faslafah seperti  ilmu kala, aliran Muktazilah, al-Kindi, Ibnu Sina, al-Farabi, Al-razi dan Ikhwan al;-safa. Pemikiran mereka jelas dinukilkan dalam karya-karya yang telah dihasilkan bahkan mendapat pujian daripada ahli – ahli falsafah moden di atas keberanian dalam yang ditonjolkan dalam kebebasan berfikir.
Bagaimanapun terdapat ramai sarjana Islam yang tidak menyokong kemasukan Falsafah dalam Islam dimana ia dianggap sebagai elemen yang boleh mendatang kemudharatan dan menyesatkan. (Stephen A Harmon 2008 : Shahrough Akhavi 2003) Dimana kebanyakkan Muslim berpendapat bahawa Al-quran ialah sumber ilmu yang terbaik bagi panduan umat Islam.  Perbahasan ilmu falsafah sengat rancak sebelum kedatangan al-Ghazali.  Sarjana falsafah dan rasionalis dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menganggap falsafah adalah elemen yang berasingan dengan agama memiliki kedudukan yang sama tinggi dengan agama . Kumpulan ini percaya bahawa falsafah menjadi agen yang bebas dalam mengkaji agama berupaya dalam mengukuhkan agama.  Manakala kumpulan yang lebih ortodoks iaitu merujuk aliran as-ashraiyyah menetapkan bahawa falsafah adalah ilmu yang hanya disahkan dan mengikut kehendak agama dimana aliran al-ashariyyah meletakkan Islam berada di kedudukan yang lebih tertinggi dan berkuasa mutlak penuh terhadap falsafah. Namun kedua-dua kumpulan ini menyokong teori “ causality’ iaitu teori sebab dan musabab.
Dengan kemunculan al-Ghazali akhirnya golongan ditentang hebat melalui hujahnya yang mengatakan bahawa falsafah dan rasional tidak akan mampu menjalaskan aspek-aspek kerohanian dan spiritual tanpa bantuan “ revealed knowledge” ( ilmu langit yang merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah). Bahkan kajian yang dilakukan oleh al-Ghazali telah menzahirkan kesalahan dalam aliran Aristotle yang menimbulkan isu ‘kafir’ kepada sarjana Islam. Ketajaman pemerhatiannya dan dengan kepintarannya yang dikurniakan Allah telah berpendapat bahawa landasan yang dilalui oleh falsafah merupakan landasan yang salah. Oleh itu al-Imama menganjurkan gagasan supaya menentang “ amalan sia-sia ini” yang kononnya dianggap sebagai falsafah akal. (Abdul Halim Mahmud 2000) Pendapat ini telah mempengaruhi pemikiran Sarjana Muslim yang lain sehingga hari ini.
Biarpun sarjana falsafah barat merasakan bahawa falsafah boleh diharmonikan dengan Islam namun ia tidak selari dengan pendapat bagi kebanyyak sarjana Muslim. Dimana usaha mengharmonikan falsafah kedalam Islam menjurus kepada bentuk falsafah Yunani yang bersifat secular yang sama sekali bertentangan dengan islam. Pendidikan menurut Islam adalah bertujuan untuk menghasilkan insan kamil.yang bertindak sebagai khalifah ( Zakaria Stapa 2001)   Oleh yang demikian pendidikan tidak boleh diletakkan sebagai pemikiran yang bebas seperti yang didakwa oleh pemikiran Liberal. Kurikulum pendidikan menurut Islam haruslah berasaskan berteraskan agama dan bukan berdasarkan pemikiran semata-mata.
Pengkaji menghuraikan sumber pendidikan Islam adalah berdasarkan 3 sumber utama iaiatu al-quran , hadith dan ulama. Pengkaji menyenaraikan sarjana Muslim yang telah membincangkan tentang falsafah pendidikan Islam dan epistemologi (Mohd Fauzi Hamat 2002) terdiri daripada Nasir al-Din Tusi Akhlag-i-Naseri,Ibn Maskuya Taharat al-A'arag,  Al-Ghazali’s  , Ibn Khaldun , F. Rahman, S. H. Nasr, S. N. al-Attas, S. A. Ashraf, Zaki Badawi dan  I. R. al-Faruqi. Islam mengiktiraf ilmu selain daripada ilmu langit, oleh yang demikian konsep islamisasi telah  diperkenalkan oleh S. N. al-Attas. Islamisasi melibatkan dua proses utama iaitu: i) Pengasingan  unsur-unsur dan konsep-konsep budaya dan peradaban Barat   ii) Memasukkan unsur-unsur Islam beserta konsep-konsep kunci dalam setiap bidang dari ilmu pengetahuan saat ini yang relevan.  ( Adnin Armas, 2007)

Pengkaji mengemukakan pendapat Al-Fatani tentang sumber ilmu. Menurut beliau terdapat tiga sumber ilmu iaitu sumber inderawi akal dan wahyu tetapi hanya akal dan wahyu sahaj mempunyai autoriti penuh dlm bidang akidah ( Wan Suhaimi 2014) bagaimanapun keupayaan akal adalah masih dipandu dengan wahyu  (Abdul Halim Mahmud 2000)
Matlamat pendidikan Islam dapat dirumuskan melalui kalimah tarbiya, ta’lim dan ta’dib Tarbiya merujuk kepeda perkembangan potensi individu dan proses pembentukan kematangan dan kesempurnaan. Manakala Ta’dib merupakan proses pembentukan karekter yang berasaskan  moral dan sosial dalam masyarakat. Ta’lim pula menjurus kepada penyampaian dan penerimaan ilmu melalui latihan, arahan dan pembelajaran. Ketiga-tiga istilah ini dirumuskan sebagai proses   membantu perkembangan individu , menambahkan pengetahuan tentang ilmu kemasyarakatan dan peraturan moral serta percambahan ilmu pengetahuan.  (Mark Healsted 2004). Idris Zakaria (2000) menjelaskan perkembangan individu  adalah bermula seawal usia kanak-kanak melalui  bimbingan positif untuk  menjadi orang dewasa yang baik yang dilengkapi dengan (a) ketaatan terhadap kewajipan ilahi (b) pencarian sifat-sifat ketuhanan seperti hikmah dan adl (c) pertumbuhan peribadi yang seimbang (d) pembangunan insan kamil yang dimenifestasikan menerusi pentasbihan serta pentaqdisan kepada Allah (e) melaraskan kehidupan berdasarkan syariat Islam.
Pendidikan yang dianjurkan oleh agama Islam merupakan pendidikan Rabbani yang ideal untuk setiap masa dan waktu. Dilengkapi dengan pelbagai jenis ilmu seperti demokrasi dan pluralis menjadikan pendidikan Islam lebih unggul berbanding pendidikan liberal. Pendidikan Islam yang berpandukan wahyu menolak fahaman liberal yang menolak pengaruh agama dalam pendidikan. Islam berhujah bahwa wahyu dan akal mempunyai kedudukan tersendiri dalam pendidikan.
            Pendidikan juga memainkan peranan sebagai ejen perubah sesebuah masyarakat selain daripada memastikan nilai-nilai yang diamalkan masih dapat diteruskan.. Menurut Jalaludin (2004) agama dalam kehidupan individu berfungsi sebagai suatu sistem nilai yang memuat norma-norma tertentu. Secara umumnya, norma-norma tersebut menjadi kerangka acuan dalam bersikap dan bertingkah laku agar sejalan dengan keyakinan agama yang dianutinya. Berdasarkan pendekatan maka pengaruh agama dalam kehidupan individu memberi menatapan batin, rasa bahagia, rasa sukses, dan rasa puas. Perasaan positif ini lebih lanjut akan menjadi pendorong dan motivasi untuk melakukan aktiviti.

 Keperluan induvidu dan masyarakat diseimbangkan sejajar dengan pendapat Teguh Prasetyo (2007) bahawa  syariat Islam melihat individual dan kolektif sebagai dua entiti tetapi mereka adalah serupa. Oleh yang demikian hak perseorangan dan  masyarakat perlu berada di posisi setara.  Matlamat masyarakat dan individu adalah dilaraskan melalui pengabdian kepada tuhan dan dikawal melalui syariat Islam.  Syariat yang diintegrasikan dengan kehidupan, politik, sosial dan ekonomi menekankan konsep ummah dan kesatuan dan tidak hanyak berfokus kepada konsep autonomi seperti yang dilaungkan oleh liberalisme. Apa yang jelas Islam meletakkan agama dan negara dibawah satu bumbung keimanan. Ikatan keimanan ini menjadikan umat Islam dapat menikmati hak-hak yang dan  tanggungjawab yang sama. (Mark Halstead, 2004)

Epistimologi di dalam pendidikan Islam menekankan tentang kesepaduan  antara ilmu wahyu dan ilmu yang diperolehi daripada hasil daya pemikiran manusia. Sebaliknya pemikiran sekular menentang penuh pengaruh agama dalam pendidikan.  Agama Islam sebagai agama Rabbani meletakkan dasar Islam sebagai kurikulum utama bagi ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu sains, matematik dan ekonomi. Integrasi ilmu akan melahirkan umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan mengamalkan syariat agama. Menurut Maimon ( 2009) integrasi ilmu ini dapat :
1.      Menghasilkan manusia alim’ yang sentiasa menghambakan dirinya untuk Allah
2.      Meransang pelaksanakan pembelajaran sepanjang hayat
3.      Membina modal insan melalui persepaduan jiwa, akal dan badan
4.      Membentuk insan yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah
Integrasi pendidikan Islam berfokuskan kepada pelaksanaan Islam sebagai kerangka  yang menyeluruh dan menolak sebarang unsur sekular yang bersumberkan daripada Al-quran dan as-sunnah dalam membina masyarakat madani. Selain ia berfungsi untuk menyemai kebaikan dalam individu dan di seluruh masyarakat. Perkembangan ilmu dapat merangsang kesedaran moral dan kerohanian pelajar yang dapat mengukuhkan keimanan, amal soleh dan keyakinan. (Mark Halstead 2010) .Keseimbangan ilmu yang di amalkan dalam Islam menolak ideologi individualisme yang dibawa oleh liberal yang mengutamakan kebebasan individu sebagai matlamat utam. .
Islam juga memiliki identiti keadilan yang jauh sofistikated daripada kebebasan individu yang diwarwarkan oleh liberal dimana berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Brian Barry dalam Micheal S. Merry (2004) menyatakan kebebasan liberalisme terbatas pada perkara-perkara tertentu. Liberalisme gagal  untuk bertoleransi terhadap institusi keagamaan. Kebebasan mutlak yang diberikan kepada akal menyebabkan liberalisme menolak sumber ilmu mutlak yang bersumberkan ajaran agama  Michael S. Merry (2004). Sebaliknya Islam menganjurkan kebebasan dalam menggunakan akal  serta menjadikannya sebagai neraca penilaian bagi setiap perkara yang hendak dilakukan. Al-quran memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk beriktikad dengan apa yang dinilai baik oleh akal dan juga membenarkan kita mengikuti mana-mana jalan asalkan ia logic dan sesuai mengikut pertimbangan fikiran kita masing-masing (Abdul Halim Mahmud 2000)
Dalam pemerolehan ilmu pengkaji membahagikan kepada tiga bahagian. Pertama ; berdasarkan pendapat al-Ghazali dan Ibnu Khaldun  tiada perbezaan antara ilmu langit (wahyu) dan ilmu yang diperolehi aktiviti akal manusia  seperti yang diamalkan dalam secular. Menurut Islam semua ilmu sangat signifikan dengan unsur keagamaan dan ia menimbulkan rasa kehambaan kepada yang Maha Pencipta. Oleh yang demikian ilmu tidak bersifat jumud sebaliknya ia dapat dilihat melalui praktikal ibadah dan ketundukan kepada yang Maha Esa.  Islam adalah kurikulum dasar bagi ilmu-ilmu yang lain. Kesepaduan ilmu ini akan dapat melahirkan umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan mengamalkan syariat agama.
Selain itu ilmu  juga berfungsi untuk menyemai kebaikan dalam individu dan di seluruh masyarakat. Perkembangan ilmu perlu merangsang kesedaran moral dan kerohanian pelajar yang dapat mengukuhkan keimanan, amal soleh dan keyakinan. Islam juga meletakkan martabat ulama sebagai jalan dalam memperolehi ilmu yaqin. Ilmu yaqin ialah ilmu yang boleh mendedahkan sesuatu secara jelas tanpa ada sebarang keraguan dan kemungkinan wujudnya kesilapan dan kesamaran. Konsep yakin ini amat ditekankan dalam pemikiran epistimologi Islam (al-Ghazali dalam Mohd Fauzi Hamat 2002). Islam telah meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai al-mutawatirat yang merupakan data yang mampu menghasilkan ilmu yaqin. Setiap muslim sepatutnya menilai sesuatu hujah atau pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang berdasarkan kepada sejauh mana ia bersandarkan kepada al-mutawatirat. Ini bermakna bahwa data-data yang boleh diyakini betul-betul hanyalah yang bersumberkan wahyu dan data-data yang diiktiraf oleh akal manusia yang waras.
Ulama’ dan guru  Guru mempunyai tanggungjawab khas untuk memupuk golongan muda dan membangunkan kesedaran kerohanian.  Oleh yang demikian Professional perguruan perlu diperlihatkan melalui keperibadianan untuk dijadikan contoh kepeada pelajar. Wan Suhaimi (2002): al-Zarnuji menetapkan 3 unsur penting dalam memilih guru iaitu keilmuawan, kewarakan dan senioriti . (Wan Suhaimi 2002)
             Pengkaji juga  menyarankan agar sarjana Islam mencari penyelesaian bagi konflik Islam dan Barat. Menurut Kamarudin Salleh, Islam dan Barat mempunyai rantaian hubungan yang panjang, klasik, kronik, kontroversi dan penuh liku serta perdamaian dan permusuhan (Kamarudin Salleh 2004). Hubungan ini telah menimbulkan masalah kepada kumpulan minority Muslim di Barat dalam menyesuaikan diri dengan pendidikan di Barat yang mengamalkan pendidikan berteraskan liberalism.  Umat Islam disini terpaksa menghadapi cabaran dalam mengekalkan tradisi Islam, dimana mereka tidak diberikan aliran alternatif dalam pendidikan. Pendidikan berteraskan liberalism diterima pakai secara paksa dan akhirnya mencemarkan jati diri Muslim. Seandainya mereka menolak pendidikan maka mereka akan ketinggalan jauh dalam pendidikan.
Bagi mengekalkan tradisi Islam secara reality di negara bukan Islam pengkaji mencadangkan agar dialog antara agama Islam dan Barat dalam usaha membawa kefahaman yang lebih toleransi antara satu sama lain. Kamarudin (2004) menjadikan Universiti Malaya sebagai contoh dalam penubuhan Pusat Dialog Peradaban yang berperanan dalam mengadakan seminar untuk membahas dan membincangkan keselarasan matlamat beberapa agama antaranya Islam dan Confucius.  Barat yang memiliki dan menguasai keseluruhan  informasi media antarabangsa mestilah merai dan menghormati perasaan umat islam dengan cara mengelakkan daripada membuat propaganda ke atas umat Islam yang dirasakan oleh umat Islam sebagai berat sebelah, tidak tepat atau salah maklumat.
            Kesimpulannya pengkaji dapat menyatakan secara umum tentang pendidikan dalam Islam daripada aspek falsafah, sumber-sumber pendiddikan dan perbahasan tentang pendidikan. Pengkaji cuba menerangkan tentang hubungan Islam dan Barat yang dilihat berada dalam krisis ketamadunan.  Pengkaji juga menganjurkan agar Islam dan Barat dapat menemukan cara dalam memperbaiki hubungan demi hubungan jangka masa yang panjang. Pengkaji menjelaskan bebrapa implikasi yang berlaku kepada golongan Muslim yang menetap di UK. Diharapkan dengan dialog antara agama dan media massa dapat membantu dalam membaiki hubungan antara barat dan melayu.







                                                          


  

Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat pribumi di Asia:


         Ulasan Jurnal 1
           Tajuk : Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan
            masyarakat pribumi di Asia: Satu ulasan
Artikel ini adalah kajian ulasan yang dilaksanakan oleh 3 pengkaji iaitu Siti Zubaidah , Norsuhana, Fatan Hamamah dari Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan bertajukMasyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia: Pola Perhubungan Dan Penggunaan Haiwan Liar. Kajian ini menjurus tentang kepentingan haiwan dalam perubatan dengan mengupas daripada aspek sumbangan dan latar belakang. Pengkaji juga menekankan kepentingan kajian ini dilakukan adalah disebabkan kurangnya kajian terhadap penggunaan haiwan dalam perubatan iaitu zooterapi berbanding kajian terhadap penggunaan tumbuhan dalam perubatan mengikut kawasan dan etnik.

Pengkaji menjelaskan hasil dapatan mengikut  4 kawasan iaitu Asia Tenggara, Asia SelatanAsia Barat, Asia Tengah dan Asia Timur Laut. Kawasan Asia Tenggara  yang terdiri daripada Malaysia, Kemboja dan Vietnam yang menggunakan haiwan seperti rusa sambar, landak , pelanduk, katak paya gambut,ungka putih, ungka merah, dugong , memerang ,tinja kelawar, tupai, madu lebah, dan bahagian daripada harimau belang . Pengkaji tidak mengupas  secara menyeluruh tentang penggunaan haiwan dalam perubatan mengikut etnik  sebagai contoh di Malaysia hanya peribumi di Sabah dan Sarawak sahaja yang dikaji dan tidak menyentuh tentang peribumi yang menetap  di semenanjung Malaysia.

India yang berada di Zon Asia Selatan mempunyai  pelbagai suku bangsa dan kumpulan etnik Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan haiwan untuk perubatan serta menyediakan maklumat berguna berkaitan penggunaan haiwa. Terdapat  270 jenis penyakityang telah direkodkan yang dirawat menggunakan haiwan. Antara faktor penggunaa perubatan kaedah ini kerana rawatan dari pusat kesihatan moden sukar diperolehi bahkan faktor geografi di mana masyarakat peribumi kepada spesies haiwan yang wujud dipersekitaran mereka untuk rawatan penyakit. Faktor sumber spiritual juga berkait rapat dengan mereka seperti petunjuk atau ramalan cuaca dimana mereka percaya apabila melihat ular atau kucing di sesuatu kawasan akan membawa petunjuk tertentu. Pengkaji menggunakan jadual untuk menghuraikan hubungan kaum peribumi dan haiwan dalam perubatan dimana terdapat 9 etnik yang dijelaskan melalui pelbagai sumber.

Levant dan Turki merupakan negara yang menjadi fokus utama dalam zon Asia Barat menunjukan telah wujudnya perubatan ini sejak kurun ke 10. Antara spesies digunakan adalah seperti  Sperma ikan paus, Cangkerang telur burung ,batu karang, cacing, serigala, katak, kala jengking, siput, ulat sutera dan larva, kepompong ulat sutera, landak, ikan salmon, kambing biri-biri dan musang.

China terletak di antara zon Asia Tengah dan Asia Tengah Laut masyarakat pribumi di India  menggunakan pelbagai spesies haiwan perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit yang mencecah jutaan dolar setiap tahun. Perubatan tradisional ini telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Seduniaturut serta diterima oleh satu per empat daripada penduduk dunia dan diguna pakai secara meluas diserata dunia. Antara haiwan yang digunakan adalah  gajah, monyet, ular dan kura-kura.

Antara kepentingan kajian secara saintifik terhadap penggunaan haiwan dalam bidang perubatan adalah dokumentasi rekod untuk pada masa hadapan , memupuk kesedaran dikalangan masyarakat pribumi dan umum serta dijadikan kajian pada masa hadapan. Pengkaji juga melihat bahawa perubatan akan menyebabkan peningkatan permintaan terhadap haiwan yang menyebabkan pemburuan secara tidak terkawal berlaku secara tidak langsung. Selain itu, pengkaji menekankan  keberkesanan terhadap penggunaan organ atau haiwan dalam perubatan tradisional memerlukan mendapatkan kerjasama komuniti pribumi untuk mengawal penggunaan haiwan dalam perubatan tradisional. Pengkaji mengharapkan akan ada  kajian saintifik yang dapat membuktikan kepercayaan dan amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat pribumi demi  
manfaat kepada manusia tanpa memberi kesan kepupusan terhadap haiwan ciptaan yang Esa


Monday, August 27, 2012

INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION IN BRUNEI DARUSSALAM : PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES


KRITIKAN JURNAL:
INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION IN BRUNEI DARUSSALAM :
PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES
Abstrak
Dalam bahagian abstrak penulis menjelaskan tujuan kajian ini untuk menyelidik semula pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam di Brunei. Dari aspek latar belakang, penulis menjelaskan tentang pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam bermula selepas tahun 2004. Melalui dapatan kajian penulis menyatakan bahawa program bersepadu atau Integrasi Pendidikan Islam ini diterima baik oleh masyarakat namun para pendidik tidak dibekalkan dengan ilmu yang lengkap untuk merealisasikan visi tersebut.

Pengenalan.
Penulis menghuraikan konsep Integrasi Pendidikan Islam  dengan membawa pandangan tokoh seperti Al-Attas, al-Shaybaniy dan Maimun Asqha  Lubis. Pengkaji menekankan bahawa pendidikan adalah proses  pengisian sesuatu kedalam diri manusia. Proses pembentukan manusia yang dinamik ini berlaku secara beransur-ansur ini mampu membentuk manusia menjadi individu yang lebih baik . Integrasi Pendidikan Islam  menekankan tentang :
1.      Untuk menghasilkan manusia alim’ yang sentiasa menhambakan dirinya untuk Allah
2.      Untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat
3.      Untuk membina modal insan melalui persepaduan jiwa, akal dan badan
4.      Untuk membentuk insan yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah
Integrasi pendidikan Islam berfokuskan kepada pelaksanaan Islam sebagai kerangka  yang menyeluruh dan menolak sebarang unsur secular yang bersumberkan daripada Al-quran dan as-sunnah dalam membina masyarakat madani . Namun pengkaji berpendapat bahawa persepaduan ilmu ini hanya boleh dicapai melalui strategi, pendekatan, metod dan teknik yang efektif dalam pelajaran dan pembelajaran.

Falsafah Dalam Integrasi Pendidikan Islam.

Objektif  bagi Integrasi Pendidikan Islam yang dilaksanakan di Brunei Darussalam adalah bersifat holistik dan dominan bagi mengatasi pendidikan sekular. Berdasarkan rajah yang dikemukakan oleh pengkaji dapat dilihat bahawa Integrasi Pendidikan Islam yang dijalankan di Brunei mengutamakan pembangunan spiritual untuk menghasilkan pencapaian modal insan menerusi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Insan yang lahir daripada pendidikan ini diharapkan menjadi insan yang seimbang  dan jauh daripada unsur negatif.
Menurut pengkaji falsafah Integrasi Pendidikan Islam ini wujud daripada konspe manusia sebagai khalifah dimana manusia dicipta untuk mentadbir bumi ke peringkat tamadun yang tertinggi. Dalam menghuraikan teori ini secara terperinci tiada  sumber yang dinyatakan oleh pengkaji sebaliknya  isu ini dikuatkan dengan hujjah ini yang memberatkan tentang keutamaan ilmu itu dalam menerusi  surah al-alaq (1-4), surah al-Mujadalah (269) dan surah al-Baqarah (269).

Kesan Sistem Integrasi Pendidikan Islam di Brunei

Konsep Integrasi Pendidikan Islam ini telah mula dibincangkan sejak tahun 1970 dan berjalan dengan baik kerana mendapat sokongan padu daripada pemimpin dan disokong padu dengan falsafah “ Melayu Islam Beraja”.  Negara Brunei yang telah melatakkan Islam sebagai agama rasmi memandangkan majoritinya penduduknya adalah muslim. Pada 1972 Pesuruhjaya Pendidikan telah mengemukakan cadangan  dasar asimilasi Islam dalam pendidikan dimana semua subjek yang diajar perlu bercirikan dan berdasarkan syariat Islam. Akhirnya konsep ini diperkenalkan pada tahun 1985 selepas ia dululuskan.
Beberapa penambahbaikan telah ditetapkan oleh  Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Brunei Darusslam dalam objektif pendidikan di Brunei bermula pada tahun 1972. Perubahan ini bertujuan mengukuhkan Pendidikan Islam dalam memastikan nilai-nilai Islam dapat diasimilasikan dalam sistem pendidikan melalui kurikulum sekolah.
Terdapat laporan yang menjadi sumber utama dalam membentuk kerangka sistem Pendidikan Brunei yang juga tidak dinyatakan sumbernya oleh pengkaji.  Laporan ini menggesa pembangunan dan pengukuhan Melayu Islam dan Monarki dimana Isla menjadi asas kekuatan. Beberapa konvensyen  telah dijalankan dalam menjana idea untuk mencari pendekatan yang efektif untuk pelaksnaan Integrasi Pendidikan Islam. Antara yang dicadangkan di dalam konvensyen adalah
1.      Mengadakan perbincangan tertutup antara Kementerian Pendidikan dan Kementeriaan Perhubungan Agama dan mana-mana organisasi yang berkaitan untuk membincangkan tentang integrasi pendidikan islam
2.      Untuk membentuk jawatankuasa yang merancang, menerima dan melaksanakan Integrasi pendidikan Islam
3.      Untuk memberi kefahaman tentang kepentingan Integrasi Pendidikan Islam kepada seluru rakyat Brunei melalui seminar, taklimat, kursus dan media
Dalam mengukuhkan Integrasi Pendidikan Islam ini, beberapa  aspek yang telah disenaraikan oleh pengkaji iaiatu
1.      Pendidikan guru
Guru perlu dilatih untuk berfikir dan mempamerkan akhlak yang baik berdasarkan syariat Islam dan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Oleh yang demikian pemilihan guru bukan semata-mata berdasarkan akademik sebaliknya turut mengutamakan personaliti dan penampilan. Kurikulum Pendidikan Guru perlu disemak semula dan beberapa kursus  seperti Falsafah Pendidikan Islam dan Sejarah Pendidikan Islam perlu dimasukkan didalam silibus. Guru perlu dilatih tentang metodologi, aspirasi dan contoh baik yang perlu dilaksanakan dalam pembelajaran.
Pengkaji juga berpendapat sistem ini tidak akan berjalan lancar tanpa latihan yang mantap kepada guru dimana guru perlu faham tentang konsep, falsafah dan objektif Integrasi Pendidikan Islam ini. Guru juga perlu melalui proses pendidikan secara integrasi iaitu kesepaduan  ilmu naqliah dan ilmu aqliah di universiti atau kolej latihan perguruan. Seandainya pihak universiti dan kolej latihan perguruan tidak mampu meneydiakan sistem pendidikan bersepadu kepada guru-guru yang kebanyakkannya dilatih berdasarkan sistem sekular maka ini jelas membuktikan objektif  Integrasi Pendidikan Islam sukar untuk dijanakan.
2.      Buku teks
Jabatan Perkembangan Kurikulum memainkan peranan penting dalam penyediaan dan penerbitan buku teks untuk dijadikan bahan bacaan Integrasi Pendidikan Islam. Projek ini Berjaya mendapat kerjasama daripada ilmuan Islam dalam menerbitkan buku yang bersesuaian.
3.      Peranan Guru
Islam memuliakan peranan guru memandangkan guru adalah menyambung peranan Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah Islam. Oleh yang demikian guru perlu melengkapi diri mereka dengan ilmu, kemahiran, personaliti, akhlak  dan sikap yang bersesuaian dengan peranan mereka sebagai “qudwah hasanah” kepada plejar
4.      Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum juga memainkan peranan dalam mengembangkan potensi pelajar. Aktiviti yang dijalankan mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran, pengalaman,, sikap dan personaliti pelajar. Terdapat 6 prinsip yang mendasari sistem pendidkan ini iaitu
1.      Ilmu pengetahuan adalah bekalan utama untuk individu menghadapi cabaran kehidupan dan memperolehi  lebih banyak ilmu serta mampu meningkatkan kehidupan secara berterusan
2.      Penguasaan ilmu akan meningkatkan kemampuan berfikir manusia, hasilnya pelajar mampu menyuarakan pandangan secara jelas dan kritis. Di sekolah pelajar perlu dilatih dalam pelbagai aspek supaya pelajar tahu untuk menyelesaikan masalah secara efektif
3.      Integrasi Kurikulum perlu mengandungi element spiritual, kemanusiaan dan patriotism yang mampu membangunkan moraliti pelajar.
4.      Mempromosikan dan membangunkan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam mendapaatkan ilmu merupakan langkah yang penting memandangkan kemampuan pelajar menguasai ilmu turut dipengaruhi oleh faktor bahasa.
5.      Mewujudkan budayaa sikap mencintai ilmu dan budaya membaaca
6.      Nilai – nilai murni yang merentasi subjek perlu ditanam secara kreatif dan menyeronokkan dalam pembelajaraan.

Cabaraan dalam Pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merupakan  elemen terpenting dalam elemen pendidikan. Islam membentuk kerangka ilmu bagi setiap disiplin ilmu yang lain. Oleh yang demikian guru bukan sahaja perlu menguasai ilimu yang akan disampaikan sebaliknya turut menzahirkan akhlak yang terpuji untuk merealisasikan objektif Integrasi Pendidikan Islam
Dalam menghadapi cabaran di abad 21 ini negara amat memerlukan individu yang bersikap terbuka dan mengamalkan sikap toleransi antara agama. Dua karekter ini merupakan produk utama keberhasilan Integrasi pendidikan islam. Oleh yang demikian pelajar memerlukan pendidik yang bukan sekadar memberikan ilmu sebaliknya dapat membakar semangat pelajar dalam mencapai objektif ini dengan nilai-nilai yang diterapkan sebagai persiapan menjadi insan yang berguna terhadap masyarakat.
 Pengkaji juga menyatakan cabaran yang terhebat adalah untuk memastikan segala pembelajaran yang mengandungi nilai dan roh Islam yang dipelajari disekolah dapat diteruskan di rumah. Tidak dinafikan cabaran yang dihadapi pada zaman kini dalam mengekalkan ‘biah” yang baik ini merupakan tugas yang lebih mencabar daripada zaman sebelum ini. Perjuangan ini menuntut kesabaran dan ketekunan secara berterusan .
Oleh yang demikian pengkaji menyarankan bahawa pendidikan dan pembelajaran perlu disepadukan  yang mampu melahirkan individu yang bukan sehaja berilmu bahkan cemerlang dari aspek integriti, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Maka dalam merealisasikan pelaksanaan Integrasi pendidikan islam terdapat empat faktor utama yang perlu dititik beratkan.
1.      Kreativiti – menggunakan pelbagai metodologi dan pendekatan di dalam kelas. Kreativiti membantu dalam peningkatan pedagogi dan meningkatkan qualiti pendidikan masa hadapan dan ummah. Ini boleh dicapai melalui pembangunan pedagogi, pembelajaran dan pentadbiran.
2.      Reflectivity : respon terhadap pemikiran yang menggunakan strategi  meta-kognitif
3.      Persefahaman : sistem yang menonjolkan simbiosis dalam hubungan dalamaan  yang merujuk proses menerima dan memberi. Pelaksanaan sekolah bestari merupakan hasil kesepaduan dan kerjasama antara pihak pentadbiran, guru dan pelajar dalam menghasilkan suasana yang harmoni
4.      Amanah: Islam menekankan tentang konsep amanah dimana amanah yang telah dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Maka semua pihak akan melaksanakan amanah dengan adil dan iklas.  
Kesimpulan
Pengkaji melaksanakan kajian berdasarkan kajian perpusatakaan.  Namun didapati banyak petikan – petikan yang tidak dinyatakan sumber dengan tepat bahkan wujudnya keraguan dalam sumber yang dinyatakan. Pengkaji  banyak mengulas tentang pelaksanaan, cabaran dan implikasi daripada Integrasi Pendidikan Islam ini namun pengkaji tidak menjelaskan secara terperinci sama ada  sistem ini berjaya atau tidak dalam menghasilkan generasi yang holistik. Dalam erti kata yang lain pengkaji tidak menghuraikan dapatan kajian secara lebih mendalam untuk membolehkan mengkaji menilai kembali kewajaran sistem ini diteruskan atau dirombak. Pengkaji juga ada menyebut tentang sekolah rintis di bahagian abstrak yang telah menggunakan sistem Integrasi pendidikan namun perkara tidak diterangkan secara lanjut dalam mana-mana bahagian.  Bagaimanapun  pengkaji menggunakan bahasa yang mudah difahami  secara umumnya dapat dijadikan  sebagai sumber akses  bagi rangka  sistem pendidikanan di  Brunei Darussalam. 

jom klik...=)