klik klik

Monday, August 1, 2011

Teknik Permainan Badminton


1. Kemahiran memegang raket

Terdapat dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas. Teknik pegang depan ialah menggenggam raket dengan keempat-empat jari, manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian pemegang raket yang rata.

2. Kemahiran servis

Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas.

a. Servis Tinggi

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.

Ø Berdiri dalam petak servis

Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

Ø Berat badan di kaki belakang

Ø Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang

Ø Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis

Ø Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket

Ø Pindahkan berat badan ke kaki hadapan

b. Servis Rendah

Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

Ø Berdiri di dalam petak servis

Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan

Ø Pegang bulu tangkis separas pinggang

Ø Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi

Ø Mata ke arah bulu tangkis

Ø Kunci pergelangan tangan

Ø Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang

Ø Kontak bulu tangkis pada tengah raket

c. Servis Kilas

Servis kilas digunakan dalm permainan beregu dan juga perseorangan

Ø Berdiri dalam petak servis

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas

Ø Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket

Ø Berat badan berada di kaki hadapan

Ø Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan

3. Kemahiran Pukulan

a. Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju dan deras.

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan

Ø Bawa raket ke belakang dengan siku refleksi

Ø Pergerakan pergelangan tangan dikunci

Ø Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jarring

b. Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas

Ø Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada

Ø Ayun raket ke hadapan dan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu

c. Pukulan Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket dengan teknikpegang depan

Ø Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan

Ø Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi

Ø Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala

4. Kemahiran Smesy

Smesy adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan. Lompatan dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis. Teknik melakukan smesy ialah:

Ø Pada kedudukan sedia

Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan

Ø Raket diayunkan ke belakang kepala, siku fleksi

Ø Kedudukan badan di belakang bulu tangkis

Ø Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang boleh dicapai.

5. Kemahiran Gerak Kaki

Pemain berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang dengan langkah-langkah yang berbeza.

Asas pergerakan kaki

a. Gerak kaki ke belakang

Ø Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang

Ø Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi

Ø Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukakan pukulan

b. Bergerak ke hadapan

Ø Gerak kaki ke hadapan

Ø Kaki kanan bergerak ke hadapan

Ø Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan

Ø Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek

Ø Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus

Ø Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia

c. Bergerak ke sisi

Ø Bergerak ke kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.

Ø Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)