klik klik

Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Dengar dengan hati

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia 7 tahun

“ Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal,

Berape biji epalkan yang kamu dapat?”

Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin

“ Empat”

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan

Lalu guru itu mengulang semula soalan itu

Namun pelajar itu masih menjawab dengan jawapan yang sama

Lantas guru itu mengubah sedikit soalan

“Kalau cikgu berikan kamu sebiji straberi

Sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi

Berapakah jumlah straberi yang kamu miliki?”

Murid itu lalu menjawab

“ Tiga cikgu!”

Kali ini jawapannnya tepat

Wajah guru itu berseri-seri

“Tepat sekali jawapan kamu”

Guru itu kembali menyoal pelajar soalan yang pertama

Namun pelajar masih memberikan jawapan yang sama

Guru yang sudah hilang sabar mula menyoal pelajar

“ Macammana kamu dapat jawapan empat pula ni?”

Dengan suara perlahan dan teragak-agak

Murid menjawab

“ Sebab saya dah ade sebiji epal di dalam beg saya cikgu “

(sumber : solusi 32)

Hikmah


Setiap orang dikurniakan akal

Namun tahap akal tersebut tidak sama

Oleh yang demikian

Bersikap berlapang dada dalam menerima pandangan yang berbeza

Adalah sikap yang perlu diterapkan


Monday, August 1, 2011

Optimis

Optimis adalah saling berkait dengan pemikiran positif

Namun bagaimana untuk kita bersikap optimis???

Sebagai seorang guru, kadang-kadang tidak betah berdepan dgn pelbagai karenah murid, karenah atasan, karenah ibu-bapa, karenah keluarga dan karenah DIRI SENDIRI

Akhirnya situasi ini menyebabkan guru akan kurang bermotivasi.

Oleh itu ikutlah langkah-langkah ini wahai guru sekalian,

Semoga anda akan terus siap sedia untuk menjadi guru yang hebat...

1) kenal pasti masalah utama

2) senaraikan faktor penyebab

3) tindakan susulan

4) setkan idea postif + doa

Contoh kes

Amin adalah seorang guru yang selalu lewat datang ke sekolah. Hampir setiap hari Amin akan datang lewat 15 minit . Akhirnya Amin telah ditegur oleh pengetua akan sikapnya itu

Pengetua : Cikgu Amin, kenape cikgu selalu lambat datang ke sekolah?

Amin : Rumah saya jauh tuan, lagipun jalan selalu sesak.

Pengetua : Saya harap cikgu boleh ubah sikap cikgu, cikgu adalah model kepada pelajar dan ini bukanlah contoh yang baik untuk pelajar.

Amin : Baik tuan

Proses

Kenal pasti masalah

Selalu lewat

Faktor penyebab

Faktor negatif (faktor yang boleh diubah)

  1. Rumah jauh
  2. Jalan sesak
Faktor positif (faktor yang boleh diubah)
  1. Bangun lambat
  2. Memilih jalan yang tidak strategik

Tindakan susulan

  • Pastikan bangun tidur awal
  • Rancang perjalanan untuk tidak melalui jalan yang sesak

Setkan idea

  • Insyallah aku boleh sampai awal ke sekolah
  • Sentiasa berdoa kepada Allah agar dilimpahi keberkatan hidup

Diharapkan kisah cikgu Amin itu dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua guru untuk berfikiran positif dan optimis. Optimis tidak dapat dicapai seandainya kita masih lagi berfikiran negatif. Kerana pemikiran negatif tidak akan dapat mengubah keadaan sebaliknya pemikiran postif akan sentiasa menjana diri untuk menjadi lebih baik.

Yes, Saya Boleh!!!

“ Saya boleh!!!”

“ Saya hebat !!!”

Itulah kata-kata positif

Guru sebagai role model di dalam kelas perlu menggunakan gaya bahasa yang positif apabila bercakap dengan murid. Gaya bahasa adalah berkait dengan estim individu. Individu-individu yang cemerlang adalah individu yang berfikiran positif. Pemikiran positif ini akan terpancar melalui gaya bahasa yang positif

Gaya bahasa negatif menyebabkan individu itu tidak disukai oleh individu yang berada di sekelilingnya, begitulah juga dengan guru. Guru yang menggunakan bahasa negatif akan dibenci oleh muridnya. Sebagaimana guru-guru perlu fasih menggunakan gaya bahasa postif demikian juga guru perlu mengajar anak murid bercakap dalam gaya positif

Jom tukar !!!

Negatif

Positif

Awak ni bodoh !!!!

Awak ni pandai, tapi awak tetap perlu berusaha untuk lebih pandai

Kenape awak ni degil sgt ????

Allah suka pada hambanya yang bersikap tawadhu’

Kenape awk ni pemalas ???

Awak kan rajin, tapi kenape hari ini awak lain????

Boleh ke aku buat???

Insyaall, aku pasti boleh buat

Gaya bahasa yang lancar menggambarkan personaliti seseorang

Seperti kata pepatah : “Bahasa menunjukkan bangsa”

Ayuh, marilah kita sama-sama menukar gaya bahasa kita

jom klik...=)