klik klik

Friday, March 9, 2012

Sifat dan Ciri Guru

  • Guru hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya bersifat Rabbani iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam
  • Guru itu seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah
  • Guru sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya
  • Guru hendaklah jujur dengan apa yang disampaikan. Antara tanda sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan apa yang diajar
  • Guru hendaklah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan serta berbincang mengenainya
  • Guru hendaklah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan teliti dalam pelaksanaan
  • Guru mampu mengawal dan mengusai pelajar dengan cara yang baik serta tegas dalam proses p&p
  • Guru mengambil tahu tahap kebolehan pelajar yang diajar bagi memastikan kaedah yang betul dapat digunakan dalam proses p&p
  • Guru peka dengan perkembangan semasa dan pengaruhnya terhadap perkembangan pelajar, agar pendekatan terbaik dapat digunakan dalam menangani mslh p&p
  • Guru hendaklah bersifat adil terhadap pelajar dengan tidak menunjukkan kecenderungan ketara terhadap golongan pelajar tertentu

    sumber asal : http://www.ukm.my/jiae/pdf/5_0.pdf, al-Nahlawi, Abdul Rahman : usul al-tarbiyah al-islamiyah wa asalibuha. Damsyik : Dar al-Fikr
  • No comments:

    Post a Comment

    jom klik...=)