klik klik

Monday, August 1, 2011

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Ø Implikasi terhadap kurikulum

Kehadiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijangka akan memberikan implikasi yang besar kepada sistem pendidikan negara. Kini terbukti Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah berjaya merevolusikan sistem pendidikan dalam tiga sektor utama iatu sektor Kurikulum, Pendidik dan Institusi Pendidikan itu sendiri.

Berpaksikan kepada tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Negara maka perubahan sukatan pelajaran telah dilaraskan untuk berorientasikan kepada program bersepadu. Nilai-nilai positif telah diserap dalam semua mata pelajaran agar melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Sistem pendidikan juga telah dilaraskan untuk berorientasikan kepada pendidikan umum di mana bidang vokasional dan teknologi telah diserap masuk dalam sukatan pelajaran.

Ø Implikasi terhadap pendidik

Professioalisme pendidik dan sikap turut berubah untuk fokus kepada tugas sejajar dengan elemen dan dasar Falsafah Pendidikan Negara. Ini meliputi perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan professional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

Ø Implikasi terhadap Institusi Pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mengkut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Negara. Ini meliputi perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, social, dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Budaya dan iklim yang kondusif turut dipupuk untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan menyimbangi dengan nilai-nilai yang positif dalam diri mereka

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

jom klik...=)