klik klik

Monday, August 1, 2011

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA


1. Sekolah Arab Thanawi

Kesemua mata pelajaran/pengantar bahasa dalam bahasa Arab. Telah dihapuskan pada tahun 1976.

2. Sekolah Agama Darjah Khas

Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan menggunakan kitab-kitab agama tulisan jawi karangan ulama’ Nusantara beserta mata pelajaran bahasa arab. Telah dihapuskan pada tahun 1977.

3. Sekolah Agama Rakyat

Sekolah agama di Malaysia kebanyakan berasal dari penubuhan sekolah pondok yang dibangunkan secara moden hasil perjuangan guru-guru pondok ketika itu. Sekolah ini didirikann di atas tanah wakaf (bukan milik persendirian) atau tanah milik kerajaan yang diluluskan dan disenggara oleh sekumpulan individu dari kalangan rakyat bagi membolehkan preoses pengajaran dan pembelajaran agama Islam dilaksanakan.

Dalam konteks hari ini, SAR boleh dibahagikan kepada 5 kategori :

1) Ditadbir sepenuhnya oleh Jemaah Pengelola Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah dan dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri

2) Ditadbir oleh Kerajaan Negeri tetapi kuasa lembaga pengelola masih wujud. Dikenali juga sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan Negeri

3) SAR yang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya atau dikenali sebagai Sekolah Agama Negeri (SAN)

4) SAR yang telah diambil alih Kementerian Pelajaran dan dijadikan SMKA

5) SAR yang ditadbir oleh Kementrian melalui proses pendataran dan dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ia ditadbir secara bersama antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelajaran

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah SM Agama Negeri (SMAN) dan SM Agama Rakyat (SMAR) oleh Kementerian Pelajaran tahun 1977. Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Hj Nik Mohammed Mohyideen bin Hj Wan Musa. Menurut Allahyarham, langkah itu selaras dengan usaha untuk mengubah citra sekolah-sekolah luwes dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran dan hasrat masyarakat Islam yang sedar faedahnya.Sebelum ini beberapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah tersebut memperaktikkan sistem baru. Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru itu, ilham Allahyarham Hj Nik Mohammed bin Hj Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato' Paduka Dr Abdul Hamid bin Othman dan Dato' Zainal Abidin bin Hj Abdul Kadir

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)