klik klik

Monday, August 1, 2011

Faktor-Faktor Mempengaruhi Perbezaan Individu:

Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua faktor yang besar, iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini dijelaskan dalam bahagian berikut.

1.Faktor Baka

Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata.

2. Faktor Persekitaran

Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)