klik klik

Saturday, March 24, 2012

RASULULULLAH S.A.W SEBAGAI MUALIM DAN MURABBI

Rasululullah sebagai mualim dan murabbi kerana tugas baginda yang mengajar manusia perkara yang tidak diketahui iaitu tauhid. Baginda juga sebagai qudwah hasanah bagi seluruh umat Islam mampu menjadi ejen perubahan bagi masyarakat jahiliyyah melalui pendidikan formal dan tidak formal. (Ab Halim Tamuri dan Muhammad Khairul Azman Ajuhary, 2010). Pendapat ini turut disokong oleh Mohd Fauzi b Hamat, (2001) Pendidikan Islam yang berteraskan akidah berperanan mencorakkan seluruh aktiviti manusia termasuk kegiatan pembangunan ummah yang bertujuan untuk membolehkan seluruh ahli masyarakat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Metodologi pembentangan akidah melalui dalil naqliah dan aqliah yang dipraktikkan oleh Rasulullah a.s telah berjaya meransang masyarakat ke arah pencapaian kehidupan yang lebih baik dan sempurna. (Mohd Fauzi Hamat, 2002; Said, 1996; Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri, 2010 ; Muafah, 2003) dimana Rasulullah s.a.w menghapuskan kesan kepercayaan, nilai, budaya dan kefahaman arab jahiliyyah supaya tidak bercampur dengan paradigma akidah, nilai dan budaya kehidupan seseorang mukmin. (Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri, 2010).

Sebagai pendidik unggul yang berjaya. Baginda menyampaikan pengajaran secara menyeluruh mencakupi bidang kognitif, elektif dan psikomotor sehingga benar-benar berjaya menjadikan generasi al-Quran yang unik. Sebagai Rasululullah, baginda telah disediakan dengan satu sukatan pelajar khas oleh Allah s.wt iaitu wahyu samada alquran ataupun hadith.

Banyak langkah yang diambil oleh Rasulullah s.a.w dalam usaha mengajar, mendidik dan menyebarkan ajaran Islam antaranya adalah dengan menjadikan rumah sebagai pusat pendidikan samada di peringkat Makkiyah atau Madaniyyah. Baginda juga telah menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran dimana setelah berpindah ke Madinah al-Munawwarah, baginda s.a.w. dengan pertolongan daripada para sahabat berjaya membina sebuah masjid di Madinah yang dikenali hingga ke hari ini dengan nama Masjid al-Nabawi (Kinnany, 1980 ; Ahmad Mohd Salleh, 2008). Pengajaran secara berperingkat-peringkat dalam penyampaian pendidikan Islam samada secara rahsia ataupun secara terbuka turut menyumbang kepada peningkatan dakwah Islam. Rasulullah s.a.w telah memulakan pengajaran pendidikan Islam kapada kerabat terdekat bersesuaian dengan firman Allah : Surah Asy-Syura : 214 yang akhirnya berjaya mengislamkan Ali bin Abi talib, Khadijah bin Khuwailid, Abu Bakar binAs-Siddiq dan Zaid bin Harithah ke dunia Islam. Baginda diajar oleh Allah untuk sentiasa bersikap adil terhadap anak didik tanpa bersikap diskriminasi bersesuaian dengan firma Allah (Surah ‘Abasa: 1-2). Baginda juga memastikan pembelajaran berlaku dalam keadaan aman. Ini dibuktikan dengan tindakan baginda yang telah mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin ketika hijrah.

Pengajaran yang disampaikan oleh baginda menggunakan pelbagai kaedah seperti kuliah dialog soal jawab, hafalan, perdebatan, penceritaan, penggunaan isyarat, lukisan, praktikal, motivasi dan statistik. Rasululullah s.a.w mengutamakan perancangan dalam mendidik para sahabat dan tidak mengajar mereka bertawakal secara membuta tuli. ( Ahmad Mohd Salleh, 2008). Proses pendidikan yang sistematik ini berjaya mencorak dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh. (Ab Halim Tamuri dan Muhammad Khairul Azman Ajuhary, 2010)

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)