klik klik

Wednesday, August 29, 2012

Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat pribumi di Asia:


         Ulasan Jurnal 1
           Tajuk : Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan
            masyarakat pribumi di Asia: Satu ulasan
Artikel ini adalah kajian ulasan yang dilaksanakan oleh 3 pengkaji iaitu Siti Zubaidah , Norsuhana, Fatan Hamamah dari Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan bertajukMasyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia: Pola Perhubungan Dan Penggunaan Haiwan Liar. Kajian ini menjurus tentang kepentingan haiwan dalam perubatan dengan mengupas daripada aspek sumbangan dan latar belakang. Pengkaji juga menekankan kepentingan kajian ini dilakukan adalah disebabkan kurangnya kajian terhadap penggunaan haiwan dalam perubatan iaitu zooterapi berbanding kajian terhadap penggunaan tumbuhan dalam perubatan mengikut kawasan dan etnik.

Pengkaji menjelaskan hasil dapatan mengikut  4 kawasan iaitu Asia Tenggara, Asia SelatanAsia Barat, Asia Tengah dan Asia Timur Laut. Kawasan Asia Tenggara  yang terdiri daripada Malaysia, Kemboja dan Vietnam yang menggunakan haiwan seperti rusa sambar, landak , pelanduk, katak paya gambut,ungka putih, ungka merah, dugong , memerang ,tinja kelawar, tupai, madu lebah, dan bahagian daripada harimau belang . Pengkaji tidak mengupas  secara menyeluruh tentang penggunaan haiwan dalam perubatan mengikut etnik  sebagai contoh di Malaysia hanya peribumi di Sabah dan Sarawak sahaja yang dikaji dan tidak menyentuh tentang peribumi yang menetap  di semenanjung Malaysia.

India yang berada di Zon Asia Selatan mempunyai  pelbagai suku bangsa dan kumpulan etnik Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan haiwan untuk perubatan serta menyediakan maklumat berguna berkaitan penggunaan haiwa. Terdapat  270 jenis penyakityang telah direkodkan yang dirawat menggunakan haiwan. Antara faktor penggunaa perubatan kaedah ini kerana rawatan dari pusat kesihatan moden sukar diperolehi bahkan faktor geografi di mana masyarakat peribumi kepada spesies haiwan yang wujud dipersekitaran mereka untuk rawatan penyakit. Faktor sumber spiritual juga berkait rapat dengan mereka seperti petunjuk atau ramalan cuaca dimana mereka percaya apabila melihat ular atau kucing di sesuatu kawasan akan membawa petunjuk tertentu. Pengkaji menggunakan jadual untuk menghuraikan hubungan kaum peribumi dan haiwan dalam perubatan dimana terdapat 9 etnik yang dijelaskan melalui pelbagai sumber.

Levant dan Turki merupakan negara yang menjadi fokus utama dalam zon Asia Barat menunjukan telah wujudnya perubatan ini sejak kurun ke 10. Antara spesies digunakan adalah seperti  Sperma ikan paus, Cangkerang telur burung ,batu karang, cacing, serigala, katak, kala jengking, siput, ulat sutera dan larva, kepompong ulat sutera, landak, ikan salmon, kambing biri-biri dan musang.

China terletak di antara zon Asia Tengah dan Asia Tengah Laut masyarakat pribumi di India  menggunakan pelbagai spesies haiwan perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit yang mencecah jutaan dolar setiap tahun. Perubatan tradisional ini telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Seduniaturut serta diterima oleh satu per empat daripada penduduk dunia dan diguna pakai secara meluas diserata dunia. Antara haiwan yang digunakan adalah  gajah, monyet, ular dan kura-kura.

Antara kepentingan kajian secara saintifik terhadap penggunaan haiwan dalam bidang perubatan adalah dokumentasi rekod untuk pada masa hadapan , memupuk kesedaran dikalangan masyarakat pribumi dan umum serta dijadikan kajian pada masa hadapan. Pengkaji juga melihat bahawa perubatan akan menyebabkan peningkatan permintaan terhadap haiwan yang menyebabkan pemburuan secara tidak terkawal berlaku secara tidak langsung. Selain itu, pengkaji menekankan  keberkesanan terhadap penggunaan organ atau haiwan dalam perubatan tradisional memerlukan mendapatkan kerjasama komuniti pribumi untuk mengawal penggunaan haiwan dalam perubatan tradisional. Pengkaji mengharapkan akan ada  kajian saintifik yang dapat membuktikan kepercayaan dan amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat pribumi demi  
manfaat kepada manusia tanpa memberi kesan kepupusan terhadap haiwan ciptaan yang Esa


No comments:

Post a Comment

jom klik...=)