klik klik

Wednesday, August 29, 2012

Hubungkait Antara Kemikinan dan HIV di Nigeria


Tajuk : On the causal links between poverty and HIV in Nigeria, 1990-2009:
An application of Granger causality and co-integration techniques

Peningkatan kadar wabak HIV/AIDS memberikan cabaran yang hebat terhadap individu, masyarakat dan negara. Pengkaji cuba merungkai persoalan samada kemiskinan merupakan penyumbang utama peningkatan wabak ini. Kemiskinan, kelaparan, penyakit dan pengangguran yang semakin berleluasa memberi kesan yang amat buruk kepada ekonomi dan kualiti hidup rakyat. Pendapatan yang minimum serta kesukaran mendapatkan air dan udara yang bersih, elektrik, sistem perparitan, kemudahan kesihatan dan keadaan keseluruhan alam sekitar.telah menjejaskan kualiti hidup masyarakat . Gejala ini telah menyebabkan peningkatan penyakit berjangkit terutamanya  HIV/ AIDS .

Nigeria adalah negara  kedua tertinggi didunia yang telah dijangkiti dengan HIV iaitu sebanyak 2,98 juta penghidap HIV/ AIDS   dan sebanyak 192,000 kes kematian telah dianggarkan berlaku pada tahun 2009. Oleh yang demikian pengkaji bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara kemiskinan dan HIV. Kajian itu  juga bertujuan untuk mengesahkan samada kemiskinan adalah faktor peningkatan dengan HIV di Nigeria atau wujud faktor-faktor yang lain penyumbang  dengan menggunakan (VECM)Vector Error Correction Model (VECM). Pengkaj juga berhasrat agar kajian itu dapat digunakan untuk masa hadapan memandangkan belum ada kajian secara mendalam telah dilakukan terhadap kes ini.

Melalui kajian literature didapati terdapat pelbagai faktor yang berkait samada secara lansung atau tidak lansung dengan peningkatan kadar HIV / AIDS. Kajian lepas yang dijalankan oleh Acemoglu & Johnson, (2006); Young, (2005); Mbirimtengerenji,(2007) mengesahkan bahawa wujudnya perkaitan antara kemiskian dan HIV/ AIDS. Bagaimanapun wujudnya faktor tambahan seperti  seperti migrasi, peperangan, sex, jangkitan wabak, tahap pendidikan, kemudahan kesihatan dan gejala sosial yang turut menyumbang dalam peningkatan HIV / AIDS. Kajian Mackenbach (2004), Newton (2007); ACPH (1999), Bon (2009), Ezeamama (2005) telah menunjukkan bahawa tahap kesihatan berkait rapat dengan kemiskinan  dimana pendapatan yang rendah meningkatkan kemurungan, penyakit , penyalahgunaan dadah dan kematian bayi. Kajian dibuktikan dengan peratusan kemurungan dan kadar kematian bayi di Kanada adalah lebih tinggi  dikalangan golongan yang berpendapatan rendah berbanding golongan yang berpendapatan tinggi. Ini membuktikan kadar kemiskinan memberikan impak kepada tahap kesihatan penduduk.

Dalam mengupas hubungkait antara kemiskinan dan HIV/AIDS. Pengkaji membawa penemuan oleh Loewenson & Whiteside( 2001) da UNAID ( 2002) yang mengatakan bahawa HIV/AIDS telah meransang peningkatan kadar kemiskinan iaitu sindrom ini akan menjejaskan keupayaan individu, keluarga dan komuniti yang akhirnya memburukkan lagi kadar kemiskinan mereka. Sebaliknya Barnett & Whiteside (2002); Bloom (2002); Masanjala ( 2006) melihat faktor kemiskinan telah meransang peningkatan HIV bahawa ketiadaan hak asasi dan kemiskinan boleh memaksa orang ramai untuk melibatkan diri dalam kehidupan berisiko seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah, dan penghijrahan serta gejala sosial yang tidak bermoral yang akhirnya meningkatkan kebarangkalian mereka mendapat penyakit .

Walaupun banyak kajian yang menyebut tentang hubungkait kemiskinan dan HIV namun masih belum kajian yang membuktikan tentang penglibatan isu kemiskinan diatas peningkatan HIV di Sub Sahara Afrika dimana konsteks kemiskinan turut diperluaskan dalam  dalam aspek kesukaran mendapatkan pendidikan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan sosial. Wabak yang telah menunjukkan angka kematian yang tinggi di negara itu turut sama dihadapi di India, Russia dan Brazil yang telah memberi impak yang besar dalam sosio dan ekonomi masyarakat.

Pengkaji telah menggunakan beberapa ujian dalam kajiannya untuk mengkaji hubungan antara wabak HIV dan kemiskinan. Antaranya adalah ujian Granger ,ujian Fullerdan Phillips-Perron ,ujian Johanson dan VECM. Data diperolehi berdasarkan tahun 1990 daripada  World Bank Statistical Yearbooks, United Nations Programme on AIDS (UNAIDS), World Health Organization (WHO) dan National Bureau of Statistics (NBS). Ko-integrasi antara pemboleh ubah menunjukkan kewujudan sebab akibat antara siri pembolehubah, tetapi tidak menunjukkan
arah hubungan sebab dan akibat (Mozumdar & Marathe, 2007).

Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bukti yang jelas tentang kemiskinan adalah penyebab utama peningkatan HIV di Nigeria. Bagaimanapun  terdapat hubungan yang signifikan antara HIV dan peningkatan kadar kemiskinan. Pengkaji juga telah menemukan faktor-faktor utama peningkatan wabak HIV iaitu melalui perhubungan sex, , pemindahan ibu yang mengandung keada anak yang dikandung, peralatan perubatan yang tidak disteril atau dibasmi dan melalui pemindahan darah . Peralatan perubatan yang tidak dibasmi dengan baik telah  menyebabkan berlakunya pemindahan HIV secara tidak sengaja  adalah bukti kepada  sistem kesihatan yang lemah yang berpunca  daripada kemiskinan yang membelenggu negara itu.

Pengkaji juga melihat kemiskinan yang membelenggu Nigeria adalah disebabkan  gejala rasuah secara berleluasa. Gejala ini yang didominasi oleh golongan elit telah  menyebabkan pembangunan ekonomi terbantut dan pelaburan negara semakin jatuh yang akhirnya menyebabkan negara menanggung hutang yang tinggi. Kemiskinan diburukan lagi dengan wabak HIV / AIDS yang mengakibatkan pengurangan produktiviti, peningkatan liabiliti untuk kos perubatan, kemurungan dan peningkatan kematian yang tutrut memberi impak terhadap ekonomi.

Melalui applikasi Johansen co-integration dan ujian Ganger yang telah digunakan oleh pengkaji, hubungkait dan implikasi antara HIV dan kemiskinan dapat dikenalpasti. Sebelum co-integration dijalankan applikasi ADF dan PP telah digunakan untuk membuktikan adanya hubungkait dalam jangka masa yang panjang antara kedua-dua pembolehubah. Bagaimanapun hasil dapatan menunjukkan tiada hubungan secara lansung antara kemiskinan dan HIV walaupaun wujudnya hubungkait yang jangka masa panjang. Pengkaji menjelaskan bahawa kemiskinan bukanlah penyebab peningkatan HIV di Nigeria dimana pengkaji bersetuju dengan dapatan pengkaji yang terdahulu bahawa pendidikan yang lemah, pologami, dan sistem kesihatan yang rendah merupakan faktor yang lebih kuat berbading kemiskinan. Pengkaji juga mencadangkan agar sistem pendidikan dan tahap kesihatan dipertingkatkan. Manakala dalam aspek poligami yang dianjurkan oleh agama tidak boleh ditolak dan disalahkan sebaliknya perlunya kerjasama antara pemimpin dan ulama’ dalam memberi kesedaran akan kepentingan ujian saringan HIV kepada setiap bakal pengantin. 

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)