KRITIKAN JURNAL :
AN ISLAMIC CONCEPT OF EDUCATION
J MARK HALSTEAD
Pengkaji menyatakan tentang kurangnya kajian tentang falsafah
pendidikan Islam berbanding tahun 1300 dimana ketika itu Islam kaya dengan
tradisi keilmuan bahkan hampir setiap disipilin ilmu dikuasai oleh tokoh ilmuan
islam. (Hashim Musa 2001: Shahrough Akhavi 2003) menjelaskan tentang kehebatan
tamadun Islam yang lampau sehingga mampu menjadi sumber ilmu kepada tamadun
Eropah. Pengalaman budaya ilmu dirancakkan dengan dengan pencarian ilmu sebagai
suatu usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta sehingga ianya
dianggap sebagai matlamat hidup yang uatama. Bahkan polemik keilmuan tidak
diepngaruhi dengan campurtangan politik. Keadaan ini menyebabkan ulama’ dapat
bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang mempunyai agenda
dan kepentingan tertentu. Kebudayaan ilmu juga bersikap terbuka tanpa mengira
asal-usul dan jenisnya dan diawasi dengan analisis kritikal terhadap ilmu tanpa
sifat ketaksuban kepada seseorang guru. . hasilnya penyelididkan dapat
digiatkan sehingga melahirkan sejumlah besar karya-karya sintesis yang bermutu
.( Rahimin Affandi 2002)
Kegemilangan tamadun ini tidak kekal lama yang berpunca daripada
kelalaian umat Islam untuk berpegang kepada wahyu (al-Quran dan as-Sunnah),
amalan taklid , khurafat dan bida’h. ( Rahimin Affandi 2002) . Budaya keilmuan
kian suara disebabkan pelbagai faktor antara
disebabkan kerana percanggahan pendapat antara ilmuan Islam. Bahkan warisan-warisan
Islam khususnya hasil karya tokoh ulama Nusantara kurun 16019 jarang
diketengahkan dan dilihat sebagai lambang kemunduran (Wan Suhaimi, 2001)
Peluasan tamadun Islam di Mesir, India, Prasi, Greek dan Syria
telah membawa masuk kepelbagai elemen termasuklah falsafah yang akhirnya
diintegrasikan kedalam Pemikiran Islam. Melalui penterjemahan karya kalasik
Aristotle ke dalam bahasab Araba berlaku di zaman pemerintahan khalifah
al-ma’mun. iaitu mereka menterjemahkan karya-karya metafizik dan dan akhlak. (Abdul
Halim Mahmud 2000). Penterjemahan ini telah melahirkan pelbagai aliran dan tokoh
faslafah seperti ilmu kala, aliran
Muktazilah, al-Kindi, Ibnu Sina, al-Farabi, Al-razi dan Ikhwan al;-safa.
Pemikiran mereka jelas dinukilkan dalam karya-karya yang telah dihasilkan
bahkan mendapat pujian daripada ahli – ahli falsafah moden di atas keberanian dalam
yang ditonjolkan dalam kebebasan berfikir.
Bagaimanapun terdapat ramai sarjana Islam yang tidak menyokong
kemasukan Falsafah dalam Islam dimana ia dianggap sebagai elemen yang boleh
mendatang kemudharatan dan menyesatkan. (Stephen A Harmon 2008 : Shahrough
Akhavi 2003) Dimana kebanyakkan Muslim berpendapat bahawa Al-quran ialah sumber
ilmu yang terbaik bagi panduan umat Islam. Perbahasan ilmu falsafah sengat rancak sebelum
kedatangan al-Ghazali. Sarjana falsafah
dan rasionalis dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang
menganggap falsafah adalah elemen yang berasingan dengan agama memiliki
kedudukan yang sama tinggi dengan agama . Kumpulan ini percaya bahawa falsafah
menjadi agen yang bebas dalam mengkaji agama berupaya dalam mengukuhkan agama. Manakala kumpulan yang lebih ortodoks iaitu
merujuk aliran as-ashraiyyah menetapkan bahawa falsafah adalah ilmu yang hanya
disahkan dan mengikut kehendak agama dimana aliran al-ashariyyah meletakkan
Islam berada di kedudukan yang lebih tertinggi dan berkuasa mutlak penuh
terhadap falsafah. Namun kedua-dua kumpulan ini menyokong teori “ causality’
iaitu teori sebab dan musabab.
Dengan kemunculan al-Ghazali akhirnya golongan ditentang hebat melalui
hujahnya yang mengatakan bahawa falsafah dan rasional tidak akan mampu
menjalaskan aspek-aspek kerohanian dan spiritual tanpa bantuan “ revealed
knowledge” ( ilmu langit yang merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah). Bahkan
kajian yang dilakukan oleh al-Ghazali telah menzahirkan kesalahan dalam aliran
Aristotle yang menimbulkan isu ‘kafir’ kepada sarjana Islam. Ketajaman
pemerhatiannya dan dengan kepintarannya yang dikurniakan Allah telah
berpendapat bahawa landasan yang dilalui oleh falsafah merupakan landasan yang
salah. Oleh itu al-Imama menganjurkan gagasan supaya menentang “ amalan sia-sia
ini” yang kononnya dianggap sebagai falsafah akal. (Abdul Halim Mahmud 2000) Pendapat
ini telah mempengaruhi pemikiran Sarjana Muslim yang lain sehingga hari ini.
Biarpun sarjana falsafah barat merasakan bahawa falsafah boleh
diharmonikan dengan Islam namun ia tidak selari dengan pendapat bagi kebanyyak
sarjana Muslim. Dimana usaha mengharmonikan falsafah kedalam Islam menjurus
kepada bentuk falsafah Yunani yang bersifat secular yang sama sekali
bertentangan dengan islam. Pendidikan menurut Islam adalah bertujuan untuk
menghasilkan insan kamil.yang bertindak sebagai khalifah ( Zakaria Stapa 2001) Oleh
yang demikian pendidikan tidak boleh diletakkan sebagai pemikiran yang bebas
seperti yang didakwa oleh pemikiran Liberal. Kurikulum pendidikan menurut Islam
haruslah berasaskan berteraskan agama dan bukan berdasarkan pemikiran
semata-mata.
Pengkaji menghuraikan sumber
pendidikan Islam adalah berdasarkan 3 sumber utama iaiatu al-quran , hadith dan
ulama. Pengkaji menyenaraikan sarjana Muslim yang telah membincangkan tentang
falsafah pendidikan Islam dan epistemologi (Mohd Fauzi Hamat 2002) terdiri daripada
Nasir al-Din Tusi Akhlag-i-Naseri,Ibn Maskuya Taharat al-A'arag, Al-Ghazali’s , Ibn Khaldun , F. Rahman, S. H. Nasr, S. N.
al-Attas, S. A. Ashraf, Zaki Badawi dan
I. R. al-Faruqi. Islam mengiktiraf ilmu selain daripada ilmu langit,
oleh yang demikian konsep islamisasi telah
diperkenalkan oleh S. N. al-Attas. Islamisasi melibatkan dua proses
utama iaitu: i) Pengasingan unsur-unsur dan konsep-konsep budaya dan
peradaban Barat ii) Memasukkan unsur-unsur Islam beserta
konsep-konsep kunci dalam setiap bidang dari ilmu pengetahuan saat ini yang
relevan. ( Adnin Armas, 2007)
Pengkaji mengemukakan pendapat Al-Fatani tentang sumber ilmu.
Menurut beliau terdapat tiga sumber ilmu iaitu sumber inderawi akal dan wahyu
tetapi hanya akal dan wahyu sahaj mempunyai autoriti penuh dlm bidang akidah ( Wan
Suhaimi 2014) bagaimanapun keupayaan akal adalah masih dipandu dengan wahyu (Abdul Halim Mahmud 2000)
Matlamat pendidikan Islam dapat dirumuskan melalui kalimah tarbiya,
ta’lim dan ta’dib Tarbiya merujuk kepeda perkembangan potensi
individu dan proses pembentukan kematangan dan kesempurnaan. Manakala Ta’dib
merupakan proses pembentukan karekter yang berasaskan moral dan sosial dalam masyarakat. Ta’lim
pula menjurus kepada penyampaian dan penerimaan ilmu melalui latihan, arahan
dan pembelajaran. Ketiga-tiga istilah ini dirumuskan sebagai proses membantu perkembangan individu , menambahkan
pengetahuan tentang ilmu kemasyarakatan dan peraturan moral serta percambahan
ilmu pengetahuan. (Mark Healsted 2004).
Idris Zakaria (2000) menjelaskan perkembangan individu adalah bermula seawal usia kanak-kanak
melalui bimbingan positif untuk menjadi orang dewasa yang baik yang dilengkapi
dengan (a) ketaatan terhadap kewajipan ilahi (b) pencarian sifat-sifat
ketuhanan seperti hikmah dan adl (c) pertumbuhan peribadi yang
seimbang (d) pembangunan insan kamil yang dimenifestasikan menerusi pentasbihan
serta pentaqdisan kepada Allah (e) melaraskan kehidupan berdasarkan syariat
Islam.
Pendidikan yang dianjurkan oleh agama Islam merupakan pendidikan
Rabbani yang ideal untuk setiap masa dan waktu. Dilengkapi dengan pelbagai
jenis ilmu seperti demokrasi dan pluralis menjadikan pendidikan Islam lebih
unggul berbanding pendidikan liberal. Pendidikan Islam yang berpandukan wahyu
menolak fahaman liberal yang menolak pengaruh agama dalam pendidikan. Islam
berhujah bahwa wahyu dan akal mempunyai kedudukan tersendiri dalam pendidikan.
Pendidikan juga
memainkan peranan sebagai ejen perubah sesebuah masyarakat selain daripada
memastikan nilai-nilai yang diamalkan masih dapat diteruskan.. Menurut Jalaludin
(2004) agama dalam kehidupan individu berfungsi sebagai suatu sistem nilai yang
memuat norma-norma tertentu. Secara umumnya, norma-norma tersebut menjadi
kerangka acuan dalam bersikap dan bertingkah laku agar sejalan dengan keyakinan
agama yang dianutinya. Berdasarkan pendekatan maka pengaruh agama dalam
kehidupan individu memberi menatapan batin, rasa bahagia, rasa sukses, dan rasa
puas. Perasaan positif ini lebih lanjut akan menjadi pendorong dan motivasi
untuk melakukan aktiviti.
Keperluan induvidu dan masyarakat
diseimbangkan sejajar dengan pendapat Teguh Prasetyo (2007) bahawa syariat Islam melihat individual dan kolektif
sebagai dua entiti tetapi mereka adalah serupa. Oleh yang demikian hak
perseorangan dan masyarakat perlu berada
di posisi setara. Matlamat masyarakat
dan individu adalah dilaraskan melalui pengabdian kepada tuhan dan dikawal
melalui syariat Islam. Syariat yang
diintegrasikan dengan kehidupan, politik, sosial dan ekonomi menekankan konsep
ummah dan kesatuan dan tidak hanyak berfokus kepada konsep autonomi seperti
yang dilaungkan oleh liberalisme. Apa yang jelas Islam meletakkan agama dan
negara dibawah satu bumbung keimanan. Ikatan keimanan ini menjadikan umat Islam
dapat menikmati hak-hak yang dan
tanggungjawab yang sama. (Mark Halstead, 2004)
Epistimologi di dalam pendidikan Islam menekankan tentang
kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu
yang diperolehi daripada hasil daya pemikiran manusia. Sebaliknya pemikiran
sekular menentang penuh pengaruh agama dalam pendidikan. Agama Islam sebagai agama Rabbani
meletakkan dasar Islam sebagai kurikulum utama bagi ilmu-ilmu yang lain seperti
ilmu sains, matematik dan ekonomi. Integrasi ilmu akan melahirkan umat Islam
yang benar-benar dapat memahami dan mengamalkan syariat agama. Menurut Maimon (
2009) integrasi ilmu ini dapat :
1.
Menghasilkan
manusia alim’ yang sentiasa menghambakan dirinya untuk Allah
2.
Meransang
pelaksanakan pembelajaran sepanjang hayat
3.
Membina
modal insan melalui persepaduan jiwa, akal dan badan
4.
Membentuk
insan yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah
Integrasi
pendidikan Islam berfokuskan kepada pelaksanaan Islam sebagai kerangka yang menyeluruh dan menolak sebarang unsur sekular
yang bersumberkan daripada Al-quran dan as-sunnah dalam membina masyarakat
madani. Selain ia berfungsi untuk menyemai kebaikan dalam individu dan di
seluruh masyarakat. Perkembangan ilmu dapat merangsang kesedaran moral dan
kerohanian pelajar yang dapat mengukuhkan keimanan, amal soleh dan keyakinan. (Mark
Halstead 2010) .Keseimbangan ilmu yang di amalkan dalam Islam menolak ideologi
individualisme yang dibawa oleh liberal yang mengutamakan kebebasan individu sebagai matlamat utam. .
Islam
juga memiliki identiti keadilan yang jauh sofistikated daripada kebebasan
individu yang diwarwarkan oleh liberal dimana berdasarkan kajian yang
dilaksanakan oleh Brian Barry
dalam Micheal S. Merry (2004) menyatakan kebebasan liberalisme terbatas pada
perkara-perkara tertentu. Liberalisme gagal
untuk bertoleransi terhadap institusi keagamaan. Kebebasan mutlak yang
diberikan kepada akal menyebabkan liberalisme menolak sumber ilmu mutlak yang
bersumberkan ajaran agama Michael
S. Merry (2004). Sebaliknya Islam menganjurkan kebebasan dalam menggunakan
akal serta menjadikannya sebagai neraca
penilaian bagi setiap perkara yang hendak dilakukan. Al-quran memberikan
kebebasan kepada umat Islam untuk beriktikad dengan apa yang dinilai baik oleh
akal dan juga membenarkan kita mengikuti mana-mana jalan asalkan ia logic dan
sesuai mengikut pertimbangan fikiran kita masing-masing (Abdul Halim Mahmud
2000)
Dalam pemerolehan ilmu pengkaji membahagikan kepada tiga bahagian.
Pertama ; berdasarkan pendapat al-Ghazali dan Ibnu Khaldun tiada perbezaan antara ilmu langit (wahyu) dan
ilmu yang diperolehi aktiviti akal manusia seperti yang diamalkan dalam secular. Menurut
Islam semua ilmu sangat signifikan dengan unsur keagamaan dan ia menimbulkan
rasa kehambaan kepada yang Maha Pencipta. Oleh yang demikian ilmu tidak
bersifat jumud sebaliknya ia dapat dilihat melalui praktikal ibadah dan
ketundukan kepada yang Maha Esa. Islam
adalah kurikulum dasar bagi ilmu-ilmu yang lain. Kesepaduan ilmu ini akan dapat
melahirkan umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan mengamalkan syariat
agama.
Selain itu ilmu juga berfungsi
untuk menyemai kebaikan dalam individu dan di seluruh masyarakat. Perkembangan
ilmu perlu merangsang kesedaran moral dan kerohanian pelajar yang dapat
mengukuhkan keimanan, amal soleh dan keyakinan. Islam juga meletakkan martabat
ulama sebagai jalan dalam memperolehi ilmu yaqin. Ilmu yaqin ialah
ilmu yang boleh mendedahkan sesuatu secara jelas tanpa ada sebarang keraguan
dan kemungkinan wujudnya kesilapan dan kesamaran. Konsep yakin ini amat
ditekankan dalam pemikiran epistimologi Islam (al-Ghazali dalam Mohd Fauzi
Hamat 2002). Islam telah meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai al-mutawatirat
yang merupakan data yang mampu menghasilkan ilmu yaqin. Setiap muslim
sepatutnya menilai sesuatu hujah atau pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang
berdasarkan kepada sejauh mana ia bersandarkan kepada al-mutawatirat.
Ini bermakna bahwa data-data yang boleh diyakini betul-betul hanyalah yang
bersumberkan wahyu dan data-data yang diiktiraf oleh akal manusia yang waras.
Ulama’ dan guru Guru
mempunyai tanggungjawab khas untuk memupuk golongan muda dan membangunkan
kesedaran kerohanian. Oleh yang demikian
Professional perguruan perlu diperlihatkan melalui keperibadianan untuk
dijadikan contoh kepeada pelajar. Wan Suhaimi (2002): al-Zarnuji menetapkan 3
unsur penting dalam memilih guru iaitu keilmuawan, kewarakan dan senioriti . (Wan
Suhaimi 2002)
Pengkaji
juga menyarankan agar sarjana Islam
mencari penyelesaian bagi konflik Islam dan Barat. Menurut Kamarudin Salleh,
Islam dan Barat mempunyai rantaian hubungan yang panjang, klasik, kronik,
kontroversi dan penuh liku serta perdamaian dan permusuhan (Kamarudin Salleh
2004). Hubungan ini telah menimbulkan masalah kepada kumpulan minority Muslim di
Barat dalam menyesuaikan diri dengan pendidikan di Barat yang mengamalkan
pendidikan berteraskan liberalism. Umat
Islam disini terpaksa menghadapi cabaran dalam mengekalkan tradisi Islam,
dimana mereka tidak diberikan aliran alternatif dalam pendidikan. Pendidikan
berteraskan liberalism diterima pakai secara paksa dan akhirnya mencemarkan
jati diri Muslim. Seandainya mereka menolak pendidikan maka mereka akan
ketinggalan jauh dalam pendidikan.
Bagi mengekalkan tradisi Islam secara reality di negara bukan Islam
pengkaji mencadangkan agar dialog antara agama Islam dan Barat dalam usaha
membawa kefahaman yang lebih toleransi antara satu sama lain. Kamarudin
(2004) menjadikan Universiti Malaya sebagai contoh dalam penubuhan Pusat
Dialog Peradaban yang berperanan dalam mengadakan seminar untuk membahas dan
membincangkan keselarasan matlamat beberapa agama antaranya Islam dan
Confucius. Barat yang memiliki dan
menguasai keseluruhan informasi media
antarabangsa mestilah merai dan menghormati perasaan umat islam dengan cara
mengelakkan daripada membuat propaganda ke atas umat Islam yang dirasakan oleh
umat Islam sebagai berat sebelah, tidak tepat atau salah maklumat.
Kesimpulannya
pengkaji dapat menyatakan secara umum tentang pendidikan dalam Islam daripada
aspek falsafah, sumber-sumber pendiddikan dan perbahasan tentang pendidikan.
Pengkaji cuba menerangkan tentang hubungan Islam dan Barat yang dilihat berada
dalam krisis ketamadunan. Pengkaji juga
menganjurkan agar Islam dan Barat dapat menemukan cara dalam memperbaiki
hubungan demi hubungan jangka masa yang panjang. Pengkaji menjelaskan bebrapa
implikasi yang berlaku kepada golongan Muslim yang menetap di UK. Diharapkan
dengan dialog antara agama dan media massa dapat membantu dalam membaiki
hubungan antara barat dan melayu.
No comments:
Post a Comment