klik klik

Monday, August 1, 2011

Perbezaan akhlak dan moral

Perbezaan akhlak dan moral boleh dihuraikan dalam beberapa aspek

I . Sumber

Akhlak dalam Islam mempunyai sumber yang lebih tinggi daripada pemikiran manusia iaitu wahyu daripada Allah yang disampaikan oleh rasulnya berupa kitab suci al-Quran. Selain itu hadis yang disampaikan oelh rasul juga menjadi sumber akhlak yang tertinggi selepas al-Quran berdasarkan saranan al-Quran supaya mentaati Allah dan rasulnya dengan memperlihatkan ketaatana kepada rasul merupakan ketaatan kepada Allah juga. Ketetapan akhlak yang terkandung dalam al-Quran dan hadis adalah muktamad sehingga akhir zaman dengan perutusan nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Al-Quran dan hadith turut menjadi sumber dalam menerangkan akhlak-akhlak Nabi Muhammad yang mulia kepada seluruh umat manusia. Walau bagaimanapun terdapat ketetapan umum yang membuka ruang ijtihad oleh akal fikiran manusia dalam lingkungan dan garis panduan yang ditetapkan oleh al-Quran dan hadith.

Manakala moral melibatkan sumber yang terhad iaitu berasaskan pemikiran manusia semata-mata. Namun moral ini mempunyai elemen adat, budaya dan worldbiew yang diamalkan oleh kelompok-kelompok masyarakat yang kebiasaanya diwarisi turun-temurun. Elemen-elemen ini jelas menjadikan sistem moral yang diamalkan berbeza antara satu kelompok masyarkat dengan masyarakat yang lain. Perbezaan ini bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor agama dan perbazaan kaum, malah latar tempat dan masa yang berbeza turut mempengaruhi perbezaan ini.

II . Skop

Secara umum, moral dan akhlak bertujuan mengawal manusia supaya berkelakuan baik dan boleh diterima umum. Ini kerana dalam setiap kelompok masyarakat mempunyai jangkaan bagaimana sepatutnya seseorang itu patut berkelakuan yang akan menentukan sama ada kelakuan seseorang itu beretika, bermoral mahupun berakhlak mulia ataupun tidak.

Dalam akhlak Islam pula, Abu A’la al-Maududi telah menyatakan tujuan akhlak Islam adalah untuk mengajar dan memandu manusia kepada tingkah laku baik dan menjauakan diri daripada tingkah laku buruk serta mengatur dan mengarahkan fitah manusia ke lapangan akhlak yang luhur dan membetulkan perbuatan manusia di bawah petunjuk Allah dan menuju keredhaanya. Beliau turut menekankan bahawa dengan melaksanakan akhlak Islam akan menyelamatkan manusia daripada fikiran dan perbuatan yang keliru dan menyesatkan. Selain itu akhlak Islam juga menekankan matlamat dan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan membangun dan memakmurkan alam. Ia menggariskan kaedah-kaedah perilaku manusia yang baik dan memerintahkan supaya menghindari dari perbuatan tercela dan buruk berasaskan ajaran Allah dan rasul-Nya.

Daripada kenyataan tersebut, dapat kita kenal pasti terdapat perbezaan antara tujuan ekstrim, moral dan akhlak. Etika dan moral dapat dijelaskan tujuannya hanyalah bersifat duniawi dan menekankan hubungan antara manusia dengan manusia dan melibatkan soal hukuman yang ringan jika melanggarnya. Akhlak Islam dengan bersumberkan wahyu Allah tidak melihat akhlak yang diterapkan dan diamalkan hanya bagi menjaga keharmonian hidup sesama manusia di dunia sahaja. Maka ia menekankan konsep pembalasan yang mengandungi unsur peribadatan kepada Allah yang mencipta setiap makhluknya serta elemen dosa dan pahala yang akan menentukan bentuk pembalasan di akhirat yang boleh memandu manusia supaya berkelakuan sepatutnya sebagaimana yang ditetapkan oleh syara.

III . Role model

Akhlak yang dianjurkan oleh Islam dilengkapi dengan Kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai seorang model akhlak unggul dengan misi penyempurnaan akhlak yang mulia telah menjadikan nilai-nilai akhlak dalam Islam lebih sempurna. Segala perjalanan hidup Rasululullah s.a.w dari sekecil-kecil peristiwa sehingga yang terpenting yang direkodkan dengan begitu teliti dan sempurna melalui disiplin “ ilmu hadith” telah menjadikan baginda sebagai individu yang paling hampir dengan umatnya. Dengan adanya tauladan murni mengenai nilai-nilai akhlak dari Rasululullah s.a.w ini, masyarakat Islam dari semua golongan tidak akan mengalami krisis identiti kerana nilai-nilai akhlak yang ditunjukkan oleh baginda merupakan contoh tauladan untuk semua generasi sama ada golongan belia, golongan tua, kanak-kanak dan dewasa, lelaki dan wanita.

Sebaliknya kebanyakan moral menurut pendapat Aristotle dan pendapat para falsafah yang seangkatan dan yang setingkat menjurus kepada teori berbanding rasional dan realiti kehidupan sejagat. Oleh yang demikian corak dan gambaran moral ini sukar untuk diadaptasikan dalam kehidupan apatah lagi dalam merealisasikan kedalam kehidupan individu. Sebaggai contoh ajaran Budha yang menganjurkan kehidupan bebas daripada keperluan nafsu “ nirvana” yang akhirnya menolak institusi pernikahan. Sedangkan pernikahan adalah fitrah kehidupan manusia demi melestarikan ketamadunan manusia. Apatah lagi falsafah sekularime yang menekankan moral yang mengetepikan kepentingan beragama dalam kehidupan. Pandangan dan nilai berpaksikan kehidupan adalah entiti yang berbeza dengan agama “ akhirat” sama sekali bercanggah dengan fityrah yang berkehendakkan kepada agama. Apa yang boleh dikatakan ajaran moral ini tidak mungkin dapat dipraktikkan secara menyeluruh tanpa adanya seorang ikon yang mampu merealisasikan teori ini dalam bentuk yang nyata. Namun persoalannya disini, adakah sesiapa yang mampu menjadi role model bagi ajaran moral ini?

IV. Hubung jalin

Perbahasan akhlak Islam yang seringkali dipaparkan bukan sekadar berlegar di bidang moral dan etika sahaja, akan tetapi ia juga menyepadu dalam bidang-bidang agama lain seperti akidah dan fiqh. Dalam akidah atau lebih khusus ilmu kalam, perbahasan mengenai hakikat baik dan buruk telah dibahaskan dengan mendalam dan para Ahl al-Sunnah bersepakat bahawa nilai yang baik dalam agama adalah apa yang ditentukan baik oleh syarak sementara nilai buruk ialah apa yang ditentukan buruk oleh syarak. Sementara itu dalam bidang fiqh , nilai-nilai baik dan buruk antara lain diterjemahkan dalam hukum yang lima iaitu wajib, sunat, harus, haram dan makruh. Hukum-hukum ini pada tujuan pensyariatannya yang akhir adalah untuk menjaga kebaikan pada diri manusia.

Maka jelas disini terdapat pelbagai kekuatan di dalam akhlak Islam yang menjadi perbezaan ketara ajaran akhlak Islam berbanding ajaran moral yang lain.

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)