klik klik

Monday, August 1, 2011

Ibnu Battuta

1.

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta lahir 24 Februari 1304. Beliau merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Seorang cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki. Walaubagaimanapun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India,Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo .

Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Dia mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325, umur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu dia mengembara selama 24 tahun.

Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang dia pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".

Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.

Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang digambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga . Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China.

Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat kebebasan wanita dalam percakapan, kaum lelaki mengkiut perintah si isteri dan Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika yang terlalu mendedahkan.

Terlalu sedikit penulisan yang berkaitan biografi Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369. Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemukan lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain. Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)