klik klik

Monday, August 1, 2011

Falsafah SMKA

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.

Matlamat:

  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepemimpinan
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negeri.

Objektif:

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum & ko-kurikulum
  • Melahirkan pelajar yg mengamalkan akhlak mulia
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yg boleh diteladani
  • Melahirkan pelajar yg mempunyai ketahanan dan dalam menghadapi cabaran budaya yg bercanggah dgn nilai Islam
  • Menyediakan pelajar yg dapat memberi sumbangan yg berkesan bagi memenuhi keperluan negara & ummah

Keistimewaan:

  • Mengamalkan budaya hidup Islam
  • Mempunyai banyak peluang utk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi
  • Menguasai Bhs Arab, pelajaran jawi dan kemahiran al-Quran
  • Menyediakan bakal pemimpin, pentadbir, ahli korporat dan tenaga profesional yg komited dgn Islam
  • Melahirkan pendakwah yg sanggup menghadapi cabaran semasa dgn berhikmah dan bertanggungjawab

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)