klik klik

Monday, August 1, 2011

1) Akhlak menurut al-quran dan hadith

Islam amat menitik beratkan pendidikan akhlak terhadap semua umatnya dalam semua aspek. Kesyumulan pendidikan akhlak tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Oleh yang demikian ringkasan terhadap pendidikan akhlak ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :

2.1 Akhlak terhadap Allah

Akhlak manusia terhadap Allah dapat kita perincikan dalam perlaksanaan ibadah khusus. Antara ibadah khusus yang dapat dihuraikan adalah

a) Solat

Solat adalah tiang agama, yang merupakan pegangan yang menyakinkan dan penghulu segala amal ibadah. Mengenai usul ( pokok ) serta furuk (cabang) solat sudah banyak dibincangkan secara mendalam dalam kitab-kitab fikah. Islam amat mementing kesempurnaan melaksanakan rukun-rukun solat.

Rasulullah s.a.w bersabda

من صلى صلاة لوقتها واسبغ وضوءها واتم ركوعها وسجودها وخشوعها عرجت وهي بيضاء مسفرة تقول : حفظك الله كما حفظتنى . ومن صلى لغير وقتها ولم يسبغ وضوءها ولم يتم ركوعها ولا سجودها ولا خشوعها عرجت وهي سووداء مظلمة تقول : ضيعك الله كما ضيعتني حتى إذا كانت حيث شأ الله لفت كما يلف الثوب الخلق فيضرب بها وجهه.

Ertinya :

Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dengan melengkapkan wuduknya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu dinaikkan ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata : Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku.” Tetapi, barang siapa yang bersolat tidak di dalam waktu yang ditentukan dan tidak melengkapkan wuduknya serta tidak juga menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu naik ke atas ke atas dalam keadaan hitam legam sambil berkata : “ Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Selanjutnya, setelah solat itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, ia dilipatkan sebagaimana dilipat baju yang koyak, kemudian dipukul kepada muka pelakunya

( Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaki )

a) Puasa

Allah SWT mengurniakan nikmat yang besar kepada seluruh hamba-Nya. Allah SWT memberikan suatu amalan yang boleh digunakan untuk menolak tipu daya syaitan. Amalan yang dimaksudkan ialah ibadah puasa. Oleh itu ibadah puasa perlu dihiasi dengan segala perilaku yang dapat menahan anggota badan daripada segala perbuatan dosa. Demikian juga perlu menjauhkan perut daripada memakan makanan yang haram atau syubhah. Rasululullah s.a.w bersabda

عن أبي هريره قال رسول الله صلى الله عليه وسلم كم من صائم ليس له من صيامه الا الخوع

Ertinya

Ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga

(Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah)

b) Haji

Allah SWT menjadikan Kaabah iaitu baitullah sebagai tempat pengumpulan manusia yang aman dan sentosa. Kaabah dimuliakan oleh Allah SWT dengan dinisbahkan pada Zat-Nya sendiri sebagai tanda kemuliaan, kehormatan serta keutamaan. Berziarah ke Baitullah itu dijadikan oleh Nya sebagai tabir dan pemisahan antara seseorang hamba dengan seksa-Nya. Demi memperolehi haji mambrur adalah ditekankan untuk bertaubat, mengembalikan harta-harta yang diperoleh daripada penganiyaan atau tidak halal dan membayar semua hutang yang belum dijelaskan. Nafkah untuk ahli keluarga yang menjadu tanggungjawabnya hendaklak disediakan. Bekalan perbelanjaan juga perlu diikur dalam kuantiti yang sederhana agar tidak menjadi bakhil atau membazir. Bakal-bakal haji juga digalakkan untuk bersedekah sebelum melaksakan ibadah haji.

b) Zakat

Zakat ditetapkan oleh Allah SWT sebagai salah satu rukun daripada rukun Islam dan zakat diikuti selepas perintah solat. Hal ini kerana solat itu adalah rukun agama Islam yang tertinggi. Maka pemberi zakat perlu mematuhi adab-adab yang telah ditetapkan iaitu menyegerakan pembayaran zakat sebelum waktu yang diwajibkan. Hal ini kerana seseorang itu akan dogoda dengan pelbagai kemiskinan dan kemaksiatan seandaniya kewajiban itu dilambat-lambatkan sehingga waktu wajibnya.

2.2 Akhlak Terhadap Diri Sendiri

a) Kebersihan

Antara adab yang dianjurkan dalam konteks penjagaan kebersihan. Islam turut menetapkan piawaian yang tersendiri dalam adab qada hajat . imam al-Ghazali telah menggariskan beberaba adab qada hajat dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin

Adab Qada Hajat

· Jauh dari tempat yang menjadi pandangan umum

· Menyediakan tabir atau dinding untuk ruang qada hajat

· Tidak menghadap kiblat dan membelakangninya

· Tidak membuang air di tempat orang ramai berkumpul atau berbual

· Membaca doa ketika masuk dan keluar tandas

· Mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas dan kaki kanan ketika keluar tandas

· Beristinjak

b) Makan dan minum

Rasulullah S.A.W itu sentiasa makan apa sahaja yang dihidangkan. Apabila makan itu sudah dihidangkan maka sebelum makan, baginda akan mengucapkan

بسم الله اللهم اجعلها نعمة مشكورة تصل بها نعمة الجنة

Ertinya

“ Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, jadikanlah makanan ini sebagai satu nikmat yang disyukuri yang dengannya akan membawa hingga kepada nikmat syurga ”

(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Apabila baginda SAW selesai makan daging, baginda akan membasuh kedua-dua tangannya sehingga bersih. Baginda SAW akan minum dengan tiga kali teguk dan tidak dihirupnya sehingga habis atau diteguk sekali gus hingga berbunyi. Baginda SAW tidak pernah bernafas dalam bekas minumannya, tetapi menjauhkan mulut Baginsa daripada bekas itu dahulu apabila hendak bernafas.

c) Berpakaian

Rasululullah SAW mengenakan apa-apa sahaj pakaian yang ada. Kebanyakkan pakaian baginda berwarna putih. Pakaian-pakaian baginda itu panjangnya hingga di atas kedua buku lali, dan jubahnya dikancingkan, tetapi kadang-kadang dilepaskan. Baginda SAW mempunyai dua pakaian yang dikhususkan untuk solat Jumaat selain pakaian-pakaian yang lain iaitu tidak digunakan untuk solat Jumaat. Apabila baginda SAW memakain pakaian, baginda memulakannya dari bahagian kanan dan mengucapkan

الحمد الله الذي كساني ما اوارى به عورتى واتجمل في الناس

Ertinya :

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku. Sesuatu yang dapat menutup auratku dan dapat saya gunakan sebagai penghias diri kepada manusia”

d) Pemaaf

Rasulullah SAW adalah manusia yang paling sabar dan banyak memberikan kemaafan, padahal Baginda SAW berupaya untuk membalasnya. Suatu ketika dalam peperangan ada seorang pemuda daripada kaum musyrikin yang melihat kekosongan pada benteng tentera Islam dan dia telah menyusup masuk dan sampai ke tempat Rasululullah. Dia datang berdiri tepat di atas kepala Rasulullah SAW dengan membawa pedang di tangannya. Diapun berkata kepada Rasulullah: “ Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu daripada pedangku ini?” Baginda SAW segera menjawab “ Allah”. Tiba-tiba pedang itu terjatuh daripada tangannya.

Kemudian baginda SAW yang mengambil pedang itu lalu bertanya “ Nah! Sekarang siapakah yang dapat menyelamatkan daripada pedang ini?” Orang itu menjawab : “ Silakanlah Tuan mengambil nyawa saya dengan baik.” Baginda SAW meminta orang itu untuk mengucap dua kalimah syahadah, namun orang itu enggan sebalinya berjanji kepada Rasululullah SAW untuk tidak akan memerangi baginda dan membantu orang yang ingin memerangi baginda .Lantas baginda melepaskan orang itu dengan perasaan kasih dan belas.

e) Dermawan

Rasulullah SAW adalah seorang yang amat pemurah dan suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja dan hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa. Sifat pemurah baginda adalah bagaikan angin kuat yang berhembusan. Ertinya baginda sangat pemurah, sehingga tangannya yang mulia itu tidak menahan sesuatu apa pun, kecuali disedekahkan kesemuanya oleh Baginda.

Saidina Ali r.a menghuraikan sifat-sifat Rasulullah SAW berkata “ Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, berlapang dada, jujur, menepati janji, lembut sikapnya, paling mulia pergaulannya dengan orang lain. Siapa yang melihat Baginda SAW pasti segan dan hormat, siapa sahaja yang berhubung dengannya pasti akan mencintainya”

2.3 Akhlak sesama manusia

a) Adab melayan tetamu

Memberikan hidangan kepada kawan-kawan itu amat besar terutamanya, Al-Hassan berkata : “ Semua nafkah yang dibelanjakan oleh seseorang itu pasti ada hisabnya, melainkan nafkah yang diberikan kepada kawan-kawannya yang berupa makanan. Hal ini kerana Allah SWT adalah Maha Pemurah dan bermurah hati dari bertanyakan perkara yang sedemikian itu.” Ibnu Umar r.a berkata : “ Suatu tanda kemurahan hati seseorang itu ialah cukup baik bekalnya sewaktu bermusafir dan kegemarannya memberikan sebahagian bekalannya kepada kawan-kawannya”

Oleh yang demikian Islam amat mengutamakan tetamu. Antara adab-adab yang diutamakan ketika melayan tetamu adalah dengan memberikan jamuan. Rasulullah SAW bersabda

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه

Ertinya :

Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya

b) Adab persahabatan

Perlu kita ketahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Oleh sebab itu, sahabat yang hendak dipilih itu mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yang baik dan disenangi untuk dijadikan sebagai sahabat. Pada dasarnya sifat-sifat itu ialah akal yang baik, berbudi pekerti, bukan termasuk golongan yang fasiq dan bukan pula seorang yang sangat tamak dalam perkara keduniaan.


No comments:

Post a Comment

jom klik...=)