klik klik

Monday, August 1, 2011

Konsep Pemanasan Global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia.. Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Litupan ais Greenland danAntartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak. Kajian juga mendapati kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

. Peningkatan suhu global akan menyebabkan paras air laut naik dan akan mengubah jumlah dan pola hujan serta perluasan gurun subtropika. Pemanasan ini juga akan memberi kesan di Kutub Utara dimana glasier, lapisan ais dan ais terus berundur ke laut. Kemungkinan kesan lain adalah seperti perubahan dalam frekuensi cuaca yang ekstrim, kehancuran spesies, dan perubahan dalam hasil pertanian

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)