klik klik

Monday, August 1, 2011

Kesan Perbezaan Individu

Perbezaan individu mempunyai perhubungan yang rapat dengan persekolahan dan pembelajaran kanak-kanak. Kesan perbezaan individu ke atas kemajuan persekolahan kanak-kanak dapat dihuraikan seperti di bawah ini :

a. Kesediaan untuk belajar

Umur merupakan faktor yang penting dalam menentukan kesediaan untuk kanak-kanak belajar. Kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan juga pengamalan persekolah sperti sekolah rendah.

b. Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara kanak-kanak

Manusia berbeza dalam kecerdasan dan kebolehan. Berbagai jenis ujuan dapat dilakukan untuk mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak misalnya kecerdasan ama kanak-kanak boleh diuji dengan menggunakan pengkelasan Binet. Pelajar yang jimban akan mencapai had boleh ajarnya lagi awal daripada pelajar normal. Pelajar yang bijak boelh dijangka akan mencapai kemajuan yang baik dalam persekolahannya. Tetapi sikap dan latar belakang keluarga seseorang pelajar itu tetap mempengaruhi kemajuannya. Pelajar yang telah mengetahui akan nilai pendidikan akan lebih bermotivasi dalam menimba ilmu.

c. Kebolehan psikomotor

Kanak-kanak pada sebarang peringkat umur berbeza dalam kebolehan mereka untuk melaksanakan kegiatan yang melibatkan psikomotor. Pada amnya penyelarasan psikomotor dan kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan jayanya dengan kemahiran psikomotor yang lebih kompleks bertambah dengan meningkatnya umur. Peningkatan umur akan membawa bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan penentangan kepada kelesuan. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira.

d. Perbezaan jantina

Dalam kebanyakan lapangan belajar, perlakuan kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan sedikit perbezaan kecuali sebagai minat atau peluang individu untuk belajar yang mungkin mempengaruhi kemajuan persekolahan mereka. Perbezaan pada kebolehana di antara jantian masih belum lagi dapat dikaji dengan secukupnya untuk merumuskan satu kesimpulan am yang boleh dikatakan sempurna.

e. Perbezaan latar belakang

Kita selalu mendengar bahawa setengah sekolah mendapatkan keputusan peperiksaan umum yang lebih cemerlang dan lebih baik. Ibu bapa pun mahu menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah yang terkenal itu. Sebenarnya murid-murid di “sekolah terkenal” adalah bergantung kepada latar belakang keluarga mereka. Kebanyakkan mereka menerikam “tuition” dan pengajaran tambahan di rumah. Latar belakang yang dialami oleh seseorang pelajar boleh didapati yang menolong atau melambatkan pencapaian persekolahan pelajar. Minat individu, sikap terhadap sekolah dan terhadap mata pelajaran dan guru yang tertentu disuburkan hasil dari sikap di rumah, kebolehan atau kesanggupana untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran tetap mempengaruhi kesan persekolahan kanak-kanakq

f. Kemudahan sekolah dan sikap guru

Kajian menunjukkan bahawa kemudahan sekolah dan sikap guru terhadap pelajar-pelajar dan pekerjaannya akan mempengaruhi kesan kemajuan persekolahan kanak-kanak. Kita pernah mendengar pendapat dan pujian terhadap jasa baik sekolah dan guru daripada bekas pelajar dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

jom klik...=)