Memelihara Akal Dan Fikiran
Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Kesempurnaan manusia itu terletak peda kesempurnaan akal maka wajib bagi setiap manusia untuk memelihara akal mereka. Oleh itu Islam telah menggariskan beberapa panduan akal fikiran manusia supaya ia berfungsi dengan baik dan terkawal. Antara panduan yang digariskan adalah :
· Mewajibkan setiap umat Islam untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin tanpa dibatasi dengan oleh masa, tempat atau bangsa. Diriwayatkan dalam sebuah hadis : Tuntutlah ilmu dalam buaian hingga ke liang lahad (diriwayatkan oleh Muslim)
· Manusia juga dilarang untuk minum dan makan makanan yang haram dan makanan yang mendatangkan kesan negatif. Ini akan mempengaryhi kesiuman dan tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah. Maka Islam melarang umatnya meminum makana yang memabukkan kerana kemabukan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan seta melahirkan sifat-sifat kebinatangan.
Memelihara Hak-Hak Hidup
Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga kepentingan hak-hak kehidupan yang menjadi dasar dalam tamadun Islam.Setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalnnya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup
Allah s.w.t pencipta yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia dan kehormatannya telah tetap dengan insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.
Maka diturunkan segala peraturan dan hokum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka sama-sama dihukum dan sama-sama diberi pengajaran.Memelihara Harta Benda
Islam menggariskan panduan mengenai hak untuk memilik harta benda dan kewajiban untuk mempertahankan haknya. Melalui kaedah ilmu faraid telah digariksan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri.
Memelihara Hak dan Kebebasan
Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya dalam Islam. Maksud kebebasan disini ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah s.w.t, Pencipta Yang Maha Berkuasa. Maka itu syiar Islam Islam iaitu tiada Tuhan yang disembah melaikan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment