KRITIKAN JURNAL:
INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION IN BRUNEI DARUSSALAM :
PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES
PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES
Abstrak
Dalam bahagian abstrak penulis menjelaskan
tujuan kajian ini untuk menyelidik semula pelaksanaan Integrasi Pendidikan
Islam di Brunei. Dari aspek latar belakang, penulis menjelaskan tentang
pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam bermula selepas tahun 2004. Melalui
dapatan kajian penulis menyatakan bahawa program bersepadu atau Integrasi
Pendidikan Islam ini diterima baik oleh masyarakat namun para pendidik tidak
dibekalkan dengan ilmu yang lengkap untuk merealisasikan visi tersebut.
Pengenalan.
Penulis menghuraikan konsep Integrasi
Pendidikan Islam dengan membawa
pandangan tokoh seperti Al-Attas, al-Shaybaniy dan Maimun Asqha Lubis. Pengkaji menekankan bahawa pendidikan
adalah proses pengisian sesuatu kedalam
diri manusia. Proses pembentukan manusia yang dinamik ini berlaku secara
beransur-ansur ini mampu membentuk manusia menjadi individu yang lebih baik . Integrasi Pendidikan Islam
menekankan tentang :
1.
Untuk
menghasilkan manusia alim’ yang sentiasa menhambakan dirinya untuk Allah
2.
Untuk
melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat
3.
Untuk
membina modal insan melalui persepaduan jiwa, akal dan badan
4.
Untuk
membentuk insan yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan
khalifah
Integrasi pendidikan Islam berfokuskan kepada pelaksanaan Islam
sebagai kerangka yang menyeluruh dan
menolak sebarang unsur secular yang bersumberkan daripada Al-quran dan
as-sunnah dalam membina masyarakat madani . Namun pengkaji berpendapat bahawa persepaduan
ilmu ini hanya boleh dicapai melalui strategi, pendekatan, metod dan teknik
yang efektif dalam pelajaran dan pembelajaran.
Falsafah Dalam Integrasi Pendidikan Islam.
Objektif
bagi Integrasi Pendidikan Islam yang dilaksanakan di Brunei Darussalam adalah
bersifat holistik dan dominan bagi mengatasi pendidikan sekular. Berdasarkan
rajah yang dikemukakan oleh pengkaji dapat dilihat bahawa Integrasi Pendidikan
Islam yang dijalankan di Brunei mengutamakan pembangunan spiritual untuk
menghasilkan pencapaian modal insan menerusi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor. Insan yang lahir daripada pendidikan ini diharapkan menjadi insan
yang seimbang dan jauh daripada unsur
negatif.
Menurut pengkaji falsafah Integrasi Pendidikan
Islam ini wujud daripada konspe manusia sebagai khalifah dimana manusia dicipta
untuk mentadbir bumi ke peringkat tamadun yang tertinggi. Dalam menghuraikan
teori ini secara terperinci tiada sumber
yang dinyatakan oleh pengkaji sebaliknya isu ini dikuatkan dengan hujjah ini yang
memberatkan tentang keutamaan ilmu itu dalam menerusi surah al-alaq (1-4), surah al-Mujadalah (269)
dan surah al-Baqarah (269).
Kesan Sistem Integrasi Pendidikan Islam di Brunei
Konsep Integrasi Pendidikan Islam ini telah
mula dibincangkan sejak tahun 1970 dan berjalan dengan baik kerana mendapat
sokongan padu daripada pemimpin dan disokong padu dengan falsafah “ Melayu
Islam Beraja”. Negara Brunei yang telah
melatakkan Islam sebagai agama rasmi memandangkan majoritinya penduduknya
adalah muslim. Pada 1972 Pesuruhjaya Pendidikan telah mengemukakan cadangan dasar asimilasi Islam dalam pendidikan dimana
semua subjek yang diajar perlu bercirikan dan berdasarkan syariat Islam.
Akhirnya konsep ini diperkenalkan pada tahun 1985 selepas ia dululuskan.
Beberapa penambahbaikan telah ditetapkan
oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan, Brunei Darusslam dalam objektif pendidikan di Brunei bermula pada
tahun 1972. Perubahan ini bertujuan mengukuhkan Pendidikan Islam dalam
memastikan nilai-nilai Islam dapat diasimilasikan dalam sistem pendidikan
melalui kurikulum sekolah.
Terdapat laporan yang menjadi sumber utama
dalam membentuk kerangka sistem Pendidikan Brunei yang juga tidak dinyatakan
sumbernya oleh pengkaji. Laporan ini
menggesa pembangunan dan pengukuhan Melayu Islam dan Monarki dimana Isla
menjadi asas kekuatan. Beberapa konvensyen telah dijalankan dalam menjana idea untuk
mencari pendekatan yang efektif untuk pelaksnaan Integrasi Pendidikan Islam. Antara yang dicadangkan di dalam konvensyen adalah
1.
Mengadakan
perbincangan tertutup antara Kementerian Pendidikan dan Kementeriaan
Perhubungan Agama dan mana-mana organisasi yang berkaitan untuk membincangkan
tentang integrasi pendidikan islam
2.
Untuk
membentuk jawatankuasa yang merancang, menerima dan melaksanakan Integrasi
pendidikan Islam
3.
Untuk
memberi kefahaman tentang kepentingan Integrasi Pendidikan Islam kepada seluru
rakyat Brunei melalui seminar, taklimat, kursus dan media
Dalam mengukuhkan Integrasi Pendidikan Islam
ini, beberapa aspek yang telah
disenaraikan oleh pengkaji iaiatu
1.
Pendidikan guru
Guru perlu
dilatih untuk berfikir dan mempamerkan akhlak yang baik berdasarkan syariat
Islam dan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Oleh yang demikian pemilihan guru bukan
semata-mata berdasarkan akademik sebaliknya turut mengutamakan personaliti dan
penampilan. Kurikulum Pendidikan Guru perlu disemak semula dan beberapa
kursus seperti Falsafah Pendidikan Islam
dan Sejarah Pendidikan Islam perlu dimasukkan didalam silibus. Guru perlu
dilatih tentang metodologi, aspirasi dan contoh baik yang perlu dilaksanakan
dalam pembelajaran.
Pengkaji juga berpendapat sistem ini tidak akan berjalan lancar tanpa
latihan yang mantap kepada guru dimana guru perlu faham tentang konsep,
falsafah dan objektif Integrasi Pendidikan Islam ini. Guru juga perlu melalui
proses pendidikan secara integrasi iaitu kesepaduan ilmu naqliah dan ilmu aqliah di universiti
atau kolej latihan perguruan. Seandainya pihak universiti dan kolej latihan
perguruan tidak mampu meneydiakan sistem pendidikan bersepadu kepada guru-guru
yang kebanyakkannya dilatih berdasarkan sistem sekular maka ini jelas membuktikan
objektif Integrasi Pendidikan Islam sukar
untuk dijanakan.
2.
Buku teks
Jabatan Perkembangan Kurikulum memainkan peranan penting dalam penyediaan
dan penerbitan buku teks untuk dijadikan bahan bacaan Integrasi Pendidikan
Islam. Projek ini Berjaya mendapat kerjasama daripada ilmuan Islam dalam
menerbitkan buku yang bersesuaian.
3.
Peranan Guru
Islam memuliakan peranan guru memandangkan guru adalah menyambung peranan
Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah Islam. Oleh yang demikian guru perlu
melengkapi diri mereka dengan ilmu, kemahiran, personaliti, akhlak dan sikap yang bersesuaian dengan peranan
mereka sebagai “qudwah hasanah” kepada plejar
4.
Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum juga memainkan peranan
dalam mengembangkan potensi pelajar. Aktiviti yang dijalankan mampu
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, pengalaman,, sikap dan personaliti
pelajar. Terdapat 6 prinsip yang mendasari
sistem pendidkan ini iaitu
1.
Ilmu
pengetahuan adalah bekalan utama untuk individu menghadapi cabaran kehidupan
dan memperolehi lebih banyak ilmu serta
mampu meningkatkan kehidupan secara berterusan
2.
Penguasaan ilmu akan meningkatkan kemampuan
berfikir manusia, hasilnya pelajar mampu menyuarakan pandangan secara jelas dan
kritis. Di sekolah pelajar perlu dilatih dalam pelbagai aspek supaya
pelajar tahu untuk menyelesaikan masalah secara efektif
3.
Integrasi
Kurikulum perlu mengandungi element spiritual, kemanusiaan dan patriotism yang
mampu membangunkan moraliti pelajar.
4.
Mempromosikan
dan membangunkan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam mendapaatkan ilmu merupakan
langkah yang penting memandangkan kemampuan pelajar menguasai ilmu turut
dipengaruhi oleh faktor bahasa.
5.
Mewujudkan
budayaa sikap mencintai ilmu dan budaya membaaca
6.
Nilai
– nilai murni yang merentasi subjek perlu ditanam secara kreatif dan
menyeronokkan dalam pembelajaraan.
Cabaraan dalam Pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan elemen
terpenting dalam elemen pendidikan. Islam membentuk kerangka ilmu bagi setiap disiplin
ilmu yang lain. Oleh yang demikian guru bukan sahaja perlu menguasai ilimu yang
akan disampaikan sebaliknya turut menzahirkan akhlak yang terpuji untuk
merealisasikan objektif Integrasi Pendidikan Islam
Dalam menghadapi cabaran di abad 21 ini negara amat memerlukan individu
yang bersikap terbuka dan mengamalkan sikap toleransi antara agama. Dua
karekter ini merupakan produk utama keberhasilan Integrasi pendidikan islam.
Oleh yang demikian pelajar memerlukan pendidik yang bukan sekadar memberikan ilmu
sebaliknya dapat membakar semangat pelajar dalam mencapai objektif ini dengan
nilai-nilai yang diterapkan sebagai persiapan menjadi insan yang berguna
terhadap masyarakat.
Pengkaji juga menyatakan cabaran
yang terhebat adalah untuk memastikan segala pembelajaran yang mengandungi
nilai dan roh Islam yang dipelajari disekolah dapat diteruskan di rumah. Tidak
dinafikan cabaran yang dihadapi pada zaman kini dalam mengekalkan ‘biah”
yang baik ini merupakan tugas yang lebih mencabar daripada zaman sebelum ini.
Perjuangan ini menuntut kesabaran dan ketekunan secara berterusan .
Oleh yang demikian pengkaji menyarankan bahawa pendidikan dan pembelajaran
perlu disepadukan yang mampu melahirkan
individu yang bukan sehaja berilmu bahkan cemerlang dari aspek integriti,
bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Maka dalam
merealisasikan pelaksanaan Integrasi pendidikan islam terdapat empat faktor
utama yang perlu dititik beratkan.
1.
Kreativiti
– menggunakan pelbagai metodologi dan pendekatan di dalam kelas. Kreativiti
membantu dalam peningkatan pedagogi dan meningkatkan qualiti pendidikan masa
hadapan dan ummah. Ini boleh dicapai melalui pembangunan pedagogi, pembelajaran
dan pentadbiran.
2.
Reflectivity
: respon terhadap pemikiran yang menggunakan strategi meta-kognitif
3.
Persefahaman : sistem yang menonjolkan
simbiosis dalam hubungan dalamaan yang
merujuk proses menerima dan memberi. Pelaksanaan
sekolah bestari merupakan hasil kesepaduan dan kerjasama antara pihak
pentadbiran, guru dan pelajar dalam menghasilkan suasana yang harmoni
4.
Amanah: Islam menekankan tentang konsep amanah
dimana amanah yang telah dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan di hari
akhirat kelak. Maka semua
pihak akan melaksanakan amanah dengan adil dan iklas.
Kesimpulan
Pengkaji melaksanakan kajian berdasarkan
kajian perpusatakaan. Namun didapati
banyak petikan – petikan yang tidak dinyatakan sumber dengan tepat bahkan
wujudnya keraguan dalam sumber yang dinyatakan. Pengkaji banyak mengulas tentang pelaksanaan, cabaran
dan implikasi daripada Integrasi Pendidikan Islam ini namun pengkaji tidak
menjelaskan secara terperinci sama ada
sistem ini berjaya atau tidak dalam menghasilkan generasi yang holistik.
Dalam erti kata yang lain pengkaji tidak menghuraikan dapatan kajian secara
lebih mendalam untuk membolehkan mengkaji menilai kembali kewajaran sistem ini
diteruskan atau dirombak. Pengkaji juga ada menyebut tentang sekolah rintis di
bahagian abstrak yang telah menggunakan sistem Integrasi pendidikan namun
perkara tidak diterangkan secara lanjut dalam mana-mana bahagian. Bagaimanapun
pengkaji menggunakan bahasa yang mudah difahami secara umumnya dapat dijadikan sebagai sumber akses bagi rangka
sistem pendidikanan di Brunei
Darussalam.
No comments:
Post a Comment