Monday, November 19, 2012
MODUL KECEMERLANGAN PQS NEGERI SEMBILAN 2012
Modul Kecemerlangan PQS Negeri Selangor 2012
Assalamualaikum..disini saya sharekan modul kecemerlangan N. Selangor..
Maaf sb sngt lambat mengupload..
Ape ape pun..diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya...
ade 5 item
1) PENGAJIAN ALQURAN
Item P Al-Quran Nazri 2012 (25 Mei 2012)Maaf sb sngt lambat mengupload..
Ape ape pun..diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya...
ade 5 item
1) PENGAJIAN ALQURAN
Sunday, November 4, 2012
Friday, November 2, 2012
pedagogi
- demonstrasi : tunjuk cara
contoh
guru menunjukkan cara bertayamum
- lakon semula : follow semula
contoh
pelajar meniru demonstrasi tayamum yang telah dilakukan oleh guru
- simulasi : situasi dan seluruh set menyerupai keaadan atau situasi asal
contoh
pelajaran muamalat
1) penjual
2) pembeli
3) barangan
- amali : betul2 dilaksanakan
amali solat
Wednesday, September 26, 2012
PERCUBAAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNNAH 2012 NEGERI SEMBILAN
all the best ya buat yang pulun strive dlm spm... dengan ucapan bitaufiq wa najjah btw...for those who need supplement tuk energy focus...
PENDIDIKAN SYARIAH : PERCUBAAN SPM 2012 KERTAS 2 NEGERI SEMBILAN
all the best ya buat yang pulun strive dlm spm...
dengan ucapan bitaufiq wa najjah
btw...for those who need supplement tuk energy focus...
dengan ucapan bitaufiq wa najjah
btw...for those who need supplement tuk energy focus...
Wednesday, August 29, 2012
Hubungkait Antara Kemikinan dan HIV di Nigeria
Tajuk : On the causal links between poverty and
HIV in Nigeria, 1990-2009:
An application
of Granger causality and co-integration techniques
Peningkatan kadar wabak
HIV/AIDS memberikan cabaran yang hebat terhadap individu, masyarakat dan
negara. Pengkaji cuba merungkai persoalan samada kemiskinan merupakan
penyumbang utama peningkatan wabak ini. Kemiskinan,
kelaparan, penyakit dan pengangguran yang semakin berleluasa
memberi kesan
yang amat buruk kepada ekonomi dan kualiti hidup rakyat. Pendapatan yang minimum serta kesukaran mendapatkan air dan udara yang bersih,
elektrik, sistem perparitan, kemudahan kesihatan dan keadaan keseluruhan alam sekitar.telah menjejaskan kualiti hidup
masyarakat .
Gejala ini telah menyebabkan peningkatan penyakit berjangkit terutamanya HIV/ AIDS .
Nigeria adalah negara kedua tertinggi didunia yang telah dijangkiti dengan HIV iaitu sebanyak
2,98 juta penghidap HIV/ AIDS dan sebanyak 192,000 kes kematian telah dianggarkan berlaku
pada tahun 2009. Oleh yang demikian pengkaji bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara kemiskinan dan HIV. Kajian
itu juga bertujuan untuk mengesahkan
samada kemiskinan adalah faktor peningkatan dengan HIV di Nigeria atau wujud
faktor-faktor yang lain penyumbang dengan menggunakan (VECM)Vector Error
Correction Model (VECM). Pengkaj juga berhasrat agar kajian itu dapat
digunakan untuk masa hadapan memandangkan belum ada kajian secara mendalam
telah dilakukan terhadap kes ini.
Melalui kajian literature didapati terdapat pelbagai faktor yang berkait samada
secara lansung atau tidak lansung dengan peningkatan kadar HIV / AIDS. Kajian lepas yang dijalankan oleh Acemoglu & Johnson, (2006); Young,
(2005); Mbirimtengerenji,(2007) mengesahkan bahawa wujudnya
perkaitan antara kemiskian dan HIV/ AIDS. Bagaimanapun wujudnya faktor tambahan
seperti seperti migrasi, peperangan,
sex, jangkitan wabak, tahap pendidikan, kemudahan kesihatan dan gejala sosial yang
turut menyumbang dalam peningkatan HIV / AIDS. Kajian Mackenbach (2004), Newton
(2007); ACPH (1999), Bon
(2009), Ezeamama (2005) telah menunjukkan
bahawa tahap kesihatan
berkait rapat dengan kemiskinan dimana pendapatan yang rendah
meningkatkan kemurungan, penyakit ,
penyalahgunaan dadah dan kematian bayi. Kajian dibuktikan
dengan peratusan kemurungan dan kadar kematian bayi di Kanada adalah lebih
tinggi dikalangan golongan yang
berpendapatan rendah berbanding golongan yang berpendapatan tinggi. Ini
membuktikan kadar kemiskinan memberikan impak kepada tahap kesihatan penduduk.
Dalam mengupas hubungkait antara kemiskinan dan HIV/AIDS. Pengkaji membawa
penemuan oleh Loewenson & Whiteside(
2001) da UNAID ( 2002) yang
mengatakan bahawa HIV/AIDS telah meransang peningkatan kadar kemiskinan iaitu
sindrom ini akan menjejaskan keupayaan individu, keluarga dan komuniti yang
akhirnya memburukkan lagi kadar kemiskinan mereka. Sebaliknya Barnett
& Whiteside (2002);
Bloom (2002); Masanjala ( 2006)
melihat faktor kemiskinan telah meransang peningkatan HIV bahawa ketiadaan hak
asasi dan kemiskinan boleh memaksa
orang ramai untuk
melibatkan diri dalam
kehidupan berisiko seperti pelacuran,
penyalahgunaan dadah, dan penghijrahan
serta gejala sosial yang tidak bermoral yang akhirnya meningkatkan kebarangkalian mereka mendapat
penyakit .
Walaupun banyak kajian yang menyebut tentang hubungkait
kemiskinan dan HIV namun masih belum kajian yang membuktikan tentang penglibatan
isu kemiskinan diatas peningkatan HIV di Sub Sahara Afrika dimana konsteks
kemiskinan turut diperluaskan dalam
dalam aspek kesukaran mendapatkan pendidikan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan
dan sosial. Wabak yang telah menunjukkan angka kematian yang tinggi di negara
itu turut sama dihadapi di India, Russia dan Brazil yang telah memberi impak
yang besar dalam sosio dan ekonomi masyarakat.
Pengkaji telah menggunakan
beberapa ujian dalam kajiannya untuk mengkaji hubungan antara wabak HIV dan
kemiskinan. Antaranya adalah ujian Granger ,ujian Fullerdan Phillips-Perron ,ujian
Johanson dan VECM. Data diperolehi berdasarkan tahun 1990 daripada World Bank Statistical Yearbooks, United
Nations Programme on AIDS (UNAIDS), World Health Organization (WHO) dan National
Bureau of Statistics (NBS). Ko-integrasi antara pemboleh ubah menunjukkan kewujudan sebab
akibat antara siri pembolehubah, tetapi tidak menunjukkan
arah hubungan sebab dan akibat (Mozumdar & Marathe, 2007).
arah hubungan sebab dan akibat (Mozumdar & Marathe, 2007).
Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan
bukti yang jelas tentang kemiskinan adalah penyebab utama peningkatan HIV di
Nigeria. Bagaimanapun terdapat hubungan
yang signifikan antara HIV dan peningkatan kadar kemiskinan. Pengkaji juga
telah menemukan faktor-faktor utama peningkatan wabak HIV iaitu melalui perhubungan
sex, , pemindahan ibu yang mengandung keada anak yang dikandung, peralatan
perubatan yang tidak disteril atau dibasmi dan melalui pemindahan darah . Peralatan
perubatan yang tidak dibasmi dengan baik telah menyebabkan berlakunya pemindahan HIV secara
tidak sengaja adalah bukti kepada sistem kesihatan yang lemah yang berpunca daripada kemiskinan yang membelenggu negara
itu.
Pengkaji juga melihat kemiskinan yang
membelenggu Nigeria adalah disebabkan
gejala rasuah secara berleluasa. Gejala ini yang didominasi oleh
golongan elit telah menyebabkan pembangunan
ekonomi terbantut dan pelaburan negara semakin jatuh yang akhirnya menyebabkan
negara menanggung hutang yang tinggi. Kemiskinan diburukan lagi dengan wabak HIV
/ AIDS yang mengakibatkan pengurangan produktiviti, peningkatan liabiliti untuk
kos perubatan, kemurungan dan peningkatan kematian yang tutrut memberi impak
terhadap ekonomi.
Melalui applikasi Johansen co-integration dan
ujian Ganger yang telah digunakan oleh pengkaji, hubungkait dan implikasi
antara HIV dan kemiskinan dapat dikenalpasti. Sebelum co-integration dijalankan
applikasi ADF dan PP telah digunakan untuk membuktikan adanya hubungkait dalam
jangka masa yang panjang antara kedua-dua pembolehubah. Bagaimanapun hasil
dapatan menunjukkan tiada hubungan secara lansung antara kemiskinan dan HIV
walaupaun wujudnya hubungkait yang jangka masa panjang. Pengkaji menjelaskan
bahawa kemiskinan bukanlah penyebab peningkatan HIV di Nigeria dimana pengkaji
bersetuju dengan dapatan pengkaji yang terdahulu bahawa pendidikan yang lemah,
pologami, dan sistem kesihatan yang rendah merupakan faktor yang lebih kuat
berbading kemiskinan. Pengkaji juga mencadangkan agar sistem pendidikan dan
tahap kesihatan dipertingkatkan. Manakala dalam aspek poligami yang dianjurkan
oleh agama tidak boleh ditolak dan disalahkan sebaliknya perlunya kerjasama
antara pemimpin dan ulama’ dalam memberi kesedaran akan kepentingan ujian
saringan HIV kepada setiap bakal pengantin.
Konsep Pendidikan Islam
KRITIKAN JURNAL :
AN ISLAMIC CONCEPT OF EDUCATION
J MARK HALSTEAD
Pengkaji menyatakan tentang kurangnya kajian tentang falsafah
pendidikan Islam berbanding tahun 1300 dimana ketika itu Islam kaya dengan
tradisi keilmuan bahkan hampir setiap disipilin ilmu dikuasai oleh tokoh ilmuan
islam. (Hashim Musa 2001: Shahrough Akhavi 2003) menjelaskan tentang kehebatan
tamadun Islam yang lampau sehingga mampu menjadi sumber ilmu kepada tamadun
Eropah. Pengalaman budaya ilmu dirancakkan dengan dengan pencarian ilmu sebagai
suatu usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta sehingga ianya
dianggap sebagai matlamat hidup yang uatama. Bahkan polemik keilmuan tidak
diepngaruhi dengan campurtangan politik. Keadaan ini menyebabkan ulama’ dapat
bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak yang mempunyai agenda
dan kepentingan tertentu. Kebudayaan ilmu juga bersikap terbuka tanpa mengira
asal-usul dan jenisnya dan diawasi dengan analisis kritikal terhadap ilmu tanpa
sifat ketaksuban kepada seseorang guru. . hasilnya penyelididkan dapat
digiatkan sehingga melahirkan sejumlah besar karya-karya sintesis yang bermutu
.( Rahimin Affandi 2002)
Kegemilangan tamadun ini tidak kekal lama yang berpunca daripada
kelalaian umat Islam untuk berpegang kepada wahyu (al-Quran dan as-Sunnah),
amalan taklid , khurafat dan bida’h. ( Rahimin Affandi 2002) . Budaya keilmuan
kian suara disebabkan pelbagai faktor antara
disebabkan kerana percanggahan pendapat antara ilmuan Islam. Bahkan warisan-warisan
Islam khususnya hasil karya tokoh ulama Nusantara kurun 16019 jarang
diketengahkan dan dilihat sebagai lambang kemunduran (Wan Suhaimi, 2001)
Peluasan tamadun Islam di Mesir, India, Prasi, Greek dan Syria
telah membawa masuk kepelbagai elemen termasuklah falsafah yang akhirnya
diintegrasikan kedalam Pemikiran Islam. Melalui penterjemahan karya kalasik
Aristotle ke dalam bahasab Araba berlaku di zaman pemerintahan khalifah
al-ma’mun. iaitu mereka menterjemahkan karya-karya metafizik dan dan akhlak. (Abdul
Halim Mahmud 2000). Penterjemahan ini telah melahirkan pelbagai aliran dan tokoh
faslafah seperti ilmu kala, aliran
Muktazilah, al-Kindi, Ibnu Sina, al-Farabi, Al-razi dan Ikhwan al;-safa.
Pemikiran mereka jelas dinukilkan dalam karya-karya yang telah dihasilkan
bahkan mendapat pujian daripada ahli – ahli falsafah moden di atas keberanian dalam
yang ditonjolkan dalam kebebasan berfikir.
Bagaimanapun terdapat ramai sarjana Islam yang tidak menyokong
kemasukan Falsafah dalam Islam dimana ia dianggap sebagai elemen yang boleh
mendatang kemudharatan dan menyesatkan. (Stephen A Harmon 2008 : Shahrough
Akhavi 2003) Dimana kebanyakkan Muslim berpendapat bahawa Al-quran ialah sumber
ilmu yang terbaik bagi panduan umat Islam. Perbahasan ilmu falsafah sengat rancak sebelum
kedatangan al-Ghazali. Sarjana falsafah
dan rasionalis dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang
menganggap falsafah adalah elemen yang berasingan dengan agama memiliki
kedudukan yang sama tinggi dengan agama . Kumpulan ini percaya bahawa falsafah
menjadi agen yang bebas dalam mengkaji agama berupaya dalam mengukuhkan agama. Manakala kumpulan yang lebih ortodoks iaitu
merujuk aliran as-ashraiyyah menetapkan bahawa falsafah adalah ilmu yang hanya
disahkan dan mengikut kehendak agama dimana aliran al-ashariyyah meletakkan
Islam berada di kedudukan yang lebih tertinggi dan berkuasa mutlak penuh
terhadap falsafah. Namun kedua-dua kumpulan ini menyokong teori “ causality’
iaitu teori sebab dan musabab.
Dengan kemunculan al-Ghazali akhirnya golongan ditentang hebat melalui
hujahnya yang mengatakan bahawa falsafah dan rasional tidak akan mampu
menjalaskan aspek-aspek kerohanian dan spiritual tanpa bantuan “ revealed
knowledge” ( ilmu langit yang merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah). Bahkan
kajian yang dilakukan oleh al-Ghazali telah menzahirkan kesalahan dalam aliran
Aristotle yang menimbulkan isu ‘kafir’ kepada sarjana Islam. Ketajaman
pemerhatiannya dan dengan kepintarannya yang dikurniakan Allah telah
berpendapat bahawa landasan yang dilalui oleh falsafah merupakan landasan yang
salah. Oleh itu al-Imama menganjurkan gagasan supaya menentang “ amalan sia-sia
ini” yang kononnya dianggap sebagai falsafah akal. (Abdul Halim Mahmud 2000) Pendapat
ini telah mempengaruhi pemikiran Sarjana Muslim yang lain sehingga hari ini.
Biarpun sarjana falsafah barat merasakan bahawa falsafah boleh
diharmonikan dengan Islam namun ia tidak selari dengan pendapat bagi kebanyyak
sarjana Muslim. Dimana usaha mengharmonikan falsafah kedalam Islam menjurus
kepada bentuk falsafah Yunani yang bersifat secular yang sama sekali
bertentangan dengan islam. Pendidikan menurut Islam adalah bertujuan untuk
menghasilkan insan kamil.yang bertindak sebagai khalifah ( Zakaria Stapa 2001) Oleh
yang demikian pendidikan tidak boleh diletakkan sebagai pemikiran yang bebas
seperti yang didakwa oleh pemikiran Liberal. Kurikulum pendidikan menurut Islam
haruslah berasaskan berteraskan agama dan bukan berdasarkan pemikiran
semata-mata.
Pengkaji menghuraikan sumber
pendidikan Islam adalah berdasarkan 3 sumber utama iaiatu al-quran , hadith dan
ulama. Pengkaji menyenaraikan sarjana Muslim yang telah membincangkan tentang
falsafah pendidikan Islam dan epistemologi (Mohd Fauzi Hamat 2002) terdiri daripada
Nasir al-Din Tusi Akhlag-i-Naseri,Ibn Maskuya Taharat al-A'arag, Al-Ghazali’s , Ibn Khaldun , F. Rahman, S. H. Nasr, S. N.
al-Attas, S. A. Ashraf, Zaki Badawi dan
I. R. al-Faruqi. Islam mengiktiraf ilmu selain daripada ilmu langit,
oleh yang demikian konsep islamisasi telah
diperkenalkan oleh S. N. al-Attas. Islamisasi melibatkan dua proses
utama iaitu: i) Pengasingan unsur-unsur dan konsep-konsep budaya dan
peradaban Barat ii) Memasukkan unsur-unsur Islam beserta
konsep-konsep kunci dalam setiap bidang dari ilmu pengetahuan saat ini yang
relevan. ( Adnin Armas, 2007)
Pengkaji mengemukakan pendapat Al-Fatani tentang sumber ilmu.
Menurut beliau terdapat tiga sumber ilmu iaitu sumber inderawi akal dan wahyu
tetapi hanya akal dan wahyu sahaj mempunyai autoriti penuh dlm bidang akidah ( Wan
Suhaimi 2014) bagaimanapun keupayaan akal adalah masih dipandu dengan wahyu (Abdul Halim Mahmud 2000)
Matlamat pendidikan Islam dapat dirumuskan melalui kalimah tarbiya,
ta’lim dan ta’dib Tarbiya merujuk kepeda perkembangan potensi
individu dan proses pembentukan kematangan dan kesempurnaan. Manakala Ta’dib
merupakan proses pembentukan karekter yang berasaskan moral dan sosial dalam masyarakat. Ta’lim
pula menjurus kepada penyampaian dan penerimaan ilmu melalui latihan, arahan
dan pembelajaran. Ketiga-tiga istilah ini dirumuskan sebagai proses membantu perkembangan individu , menambahkan
pengetahuan tentang ilmu kemasyarakatan dan peraturan moral serta percambahan
ilmu pengetahuan. (Mark Healsted 2004).
Idris Zakaria (2000) menjelaskan perkembangan individu adalah bermula seawal usia kanak-kanak
melalui bimbingan positif untuk menjadi orang dewasa yang baik yang dilengkapi
dengan (a) ketaatan terhadap kewajipan ilahi (b) pencarian sifat-sifat
ketuhanan seperti hikmah dan adl (c) pertumbuhan peribadi yang
seimbang (d) pembangunan insan kamil yang dimenifestasikan menerusi pentasbihan
serta pentaqdisan kepada Allah (e) melaraskan kehidupan berdasarkan syariat
Islam.
Pendidikan yang dianjurkan oleh agama Islam merupakan pendidikan
Rabbani yang ideal untuk setiap masa dan waktu. Dilengkapi dengan pelbagai
jenis ilmu seperti demokrasi dan pluralis menjadikan pendidikan Islam lebih
unggul berbanding pendidikan liberal. Pendidikan Islam yang berpandukan wahyu
menolak fahaman liberal yang menolak pengaruh agama dalam pendidikan. Islam
berhujah bahwa wahyu dan akal mempunyai kedudukan tersendiri dalam pendidikan.
Pendidikan juga
memainkan peranan sebagai ejen perubah sesebuah masyarakat selain daripada
memastikan nilai-nilai yang diamalkan masih dapat diteruskan.. Menurut Jalaludin
(2004) agama dalam kehidupan individu berfungsi sebagai suatu sistem nilai yang
memuat norma-norma tertentu. Secara umumnya, norma-norma tersebut menjadi
kerangka acuan dalam bersikap dan bertingkah laku agar sejalan dengan keyakinan
agama yang dianutinya. Berdasarkan pendekatan maka pengaruh agama dalam
kehidupan individu memberi menatapan batin, rasa bahagia, rasa sukses, dan rasa
puas. Perasaan positif ini lebih lanjut akan menjadi pendorong dan motivasi
untuk melakukan aktiviti.
Keperluan induvidu dan masyarakat
diseimbangkan sejajar dengan pendapat Teguh Prasetyo (2007) bahawa syariat Islam melihat individual dan kolektif
sebagai dua entiti tetapi mereka adalah serupa. Oleh yang demikian hak
perseorangan dan masyarakat perlu berada
di posisi setara. Matlamat masyarakat
dan individu adalah dilaraskan melalui pengabdian kepada tuhan dan dikawal
melalui syariat Islam. Syariat yang
diintegrasikan dengan kehidupan, politik, sosial dan ekonomi menekankan konsep
ummah dan kesatuan dan tidak hanyak berfokus kepada konsep autonomi seperti
yang dilaungkan oleh liberalisme. Apa yang jelas Islam meletakkan agama dan
negara dibawah satu bumbung keimanan. Ikatan keimanan ini menjadikan umat Islam
dapat menikmati hak-hak yang dan
tanggungjawab yang sama. (Mark Halstead, 2004)
Epistimologi di dalam pendidikan Islam menekankan tentang
kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu
yang diperolehi daripada hasil daya pemikiran manusia. Sebaliknya pemikiran
sekular menentang penuh pengaruh agama dalam pendidikan. Agama Islam sebagai agama Rabbani
meletakkan dasar Islam sebagai kurikulum utama bagi ilmu-ilmu yang lain seperti
ilmu sains, matematik dan ekonomi. Integrasi ilmu akan melahirkan umat Islam
yang benar-benar dapat memahami dan mengamalkan syariat agama. Menurut Maimon (
2009) integrasi ilmu ini dapat :
1.
Menghasilkan
manusia alim’ yang sentiasa menghambakan dirinya untuk Allah
2.
Meransang
pelaksanakan pembelajaran sepanjang hayat
3.
Membina
modal insan melalui persepaduan jiwa, akal dan badan
4.
Membentuk
insan yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah
Integrasi
pendidikan Islam berfokuskan kepada pelaksanaan Islam sebagai kerangka yang menyeluruh dan menolak sebarang unsur sekular
yang bersumberkan daripada Al-quran dan as-sunnah dalam membina masyarakat
madani. Selain ia berfungsi untuk menyemai kebaikan dalam individu dan di
seluruh masyarakat. Perkembangan ilmu dapat merangsang kesedaran moral dan
kerohanian pelajar yang dapat mengukuhkan keimanan, amal soleh dan keyakinan. (Mark
Halstead 2010) .Keseimbangan ilmu yang di amalkan dalam Islam menolak ideologi
individualisme yang dibawa oleh liberal yang mengutamakan kebebasan individu sebagai matlamat utam. .
Islam
juga memiliki identiti keadilan yang jauh sofistikated daripada kebebasan
individu yang diwarwarkan oleh liberal dimana berdasarkan kajian yang
dilaksanakan oleh Brian Barry
dalam Micheal S. Merry (2004) menyatakan kebebasan liberalisme terbatas pada
perkara-perkara tertentu. Liberalisme gagal
untuk bertoleransi terhadap institusi keagamaan. Kebebasan mutlak yang
diberikan kepada akal menyebabkan liberalisme menolak sumber ilmu mutlak yang
bersumberkan ajaran agama Michael
S. Merry (2004). Sebaliknya Islam menganjurkan kebebasan dalam menggunakan
akal serta menjadikannya sebagai neraca
penilaian bagi setiap perkara yang hendak dilakukan. Al-quran memberikan
kebebasan kepada umat Islam untuk beriktikad dengan apa yang dinilai baik oleh
akal dan juga membenarkan kita mengikuti mana-mana jalan asalkan ia logic dan
sesuai mengikut pertimbangan fikiran kita masing-masing (Abdul Halim Mahmud
2000)
Dalam pemerolehan ilmu pengkaji membahagikan kepada tiga bahagian.
Pertama ; berdasarkan pendapat al-Ghazali dan Ibnu Khaldun tiada perbezaan antara ilmu langit (wahyu) dan
ilmu yang diperolehi aktiviti akal manusia seperti yang diamalkan dalam secular. Menurut
Islam semua ilmu sangat signifikan dengan unsur keagamaan dan ia menimbulkan
rasa kehambaan kepada yang Maha Pencipta. Oleh yang demikian ilmu tidak
bersifat jumud sebaliknya ia dapat dilihat melalui praktikal ibadah dan
ketundukan kepada yang Maha Esa. Islam
adalah kurikulum dasar bagi ilmu-ilmu yang lain. Kesepaduan ilmu ini akan dapat
melahirkan umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan mengamalkan syariat
agama.
Selain itu ilmu juga berfungsi
untuk menyemai kebaikan dalam individu dan di seluruh masyarakat. Perkembangan
ilmu perlu merangsang kesedaran moral dan kerohanian pelajar yang dapat
mengukuhkan keimanan, amal soleh dan keyakinan. Islam juga meletakkan martabat
ulama sebagai jalan dalam memperolehi ilmu yaqin. Ilmu yaqin ialah
ilmu yang boleh mendedahkan sesuatu secara jelas tanpa ada sebarang keraguan
dan kemungkinan wujudnya kesilapan dan kesamaran. Konsep yakin ini amat
ditekankan dalam pemikiran epistimologi Islam (al-Ghazali dalam Mohd Fauzi
Hamat 2002). Islam telah meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai al-mutawatirat
yang merupakan data yang mampu menghasilkan ilmu yaqin. Setiap muslim
sepatutnya menilai sesuatu hujah atau pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang
berdasarkan kepada sejauh mana ia bersandarkan kepada al-mutawatirat.
Ini bermakna bahwa data-data yang boleh diyakini betul-betul hanyalah yang
bersumberkan wahyu dan data-data yang diiktiraf oleh akal manusia yang waras.
Ulama’ dan guru Guru
mempunyai tanggungjawab khas untuk memupuk golongan muda dan membangunkan
kesedaran kerohanian. Oleh yang demikian
Professional perguruan perlu diperlihatkan melalui keperibadianan untuk
dijadikan contoh kepeada pelajar. Wan Suhaimi (2002): al-Zarnuji menetapkan 3
unsur penting dalam memilih guru iaitu keilmuawan, kewarakan dan senioriti . (Wan
Suhaimi 2002)
Pengkaji
juga menyarankan agar sarjana Islam
mencari penyelesaian bagi konflik Islam dan Barat. Menurut Kamarudin Salleh,
Islam dan Barat mempunyai rantaian hubungan yang panjang, klasik, kronik,
kontroversi dan penuh liku serta perdamaian dan permusuhan (Kamarudin Salleh
2004). Hubungan ini telah menimbulkan masalah kepada kumpulan minority Muslim di
Barat dalam menyesuaikan diri dengan pendidikan di Barat yang mengamalkan
pendidikan berteraskan liberalism. Umat
Islam disini terpaksa menghadapi cabaran dalam mengekalkan tradisi Islam,
dimana mereka tidak diberikan aliran alternatif dalam pendidikan. Pendidikan
berteraskan liberalism diterima pakai secara paksa dan akhirnya mencemarkan
jati diri Muslim. Seandainya mereka menolak pendidikan maka mereka akan
ketinggalan jauh dalam pendidikan.
Bagi mengekalkan tradisi Islam secara reality di negara bukan Islam
pengkaji mencadangkan agar dialog antara agama Islam dan Barat dalam usaha
membawa kefahaman yang lebih toleransi antara satu sama lain. Kamarudin
(2004) menjadikan Universiti Malaya sebagai contoh dalam penubuhan Pusat
Dialog Peradaban yang berperanan dalam mengadakan seminar untuk membahas dan
membincangkan keselarasan matlamat beberapa agama antaranya Islam dan
Confucius. Barat yang memiliki dan
menguasai keseluruhan informasi media
antarabangsa mestilah merai dan menghormati perasaan umat islam dengan cara
mengelakkan daripada membuat propaganda ke atas umat Islam yang dirasakan oleh
umat Islam sebagai berat sebelah, tidak tepat atau salah maklumat.
Kesimpulannya
pengkaji dapat menyatakan secara umum tentang pendidikan dalam Islam daripada
aspek falsafah, sumber-sumber pendiddikan dan perbahasan tentang pendidikan.
Pengkaji cuba menerangkan tentang hubungan Islam dan Barat yang dilihat berada
dalam krisis ketamadunan. Pengkaji juga
menganjurkan agar Islam dan Barat dapat menemukan cara dalam memperbaiki
hubungan demi hubungan jangka masa yang panjang. Pengkaji menjelaskan bebrapa
implikasi yang berlaku kepada golongan Muslim yang menetap di UK. Diharapkan
dengan dialog antara agama dan media massa dapat membantu dalam membaiki
hubungan antara barat dan melayu.
Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat pribumi di Asia:
Ulasan Jurnal 1
Tajuk : Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional
dalam kalangan
masyarakat
pribumi di Asia: Satu ulasan
Artikel ini adalah kajian ulasan yang
dilaksanakan oleh 3 pengkaji iaitu Siti Zubaidah , Norsuhana, Fatan Hamamah dari
Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan
bertajukMasyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia: Pola Perhubungan Dan
Penggunaan Haiwan Liar. Kajian ini menjurus tentang kepentingan haiwan dalam
perubatan dengan mengupas daripada aspek sumbangan dan latar belakang. Pengkaji
juga menekankan kepentingan kajian ini dilakukan adalah disebabkan kurangnya
kajian terhadap penggunaan haiwan dalam perubatan iaitu zooterapi berbanding
kajian terhadap penggunaan tumbuhan dalam perubatan mengikut kawasan dan etnik.
Pengkaji menjelaskan hasil dapatan mengikut
4 kawasan iaitu Asia Tenggara, Asia SelatanAsia Barat, Asia Tengah dan
Asia Timur Laut. Kawasan Asia Tenggara yang terdiri daripada Malaysia, Kemboja dan
Vietnam yang menggunakan haiwan seperti rusa sambar, landak , pelanduk, katak
paya gambut,ungka putih, ungka merah, dugong , memerang ,tinja kelawar, tupai,
madu lebah, dan bahagian daripada harimau belang . Pengkaji tidak mengupas secara menyeluruh tentang penggunaan haiwan
dalam perubatan mengikut etnik sebagai
contoh di Malaysia hanya peribumi di Sabah dan Sarawak sahaja yang dikaji dan
tidak menyentuh tentang peribumi yang menetap
di semenanjung Malaysia.
India yang berada di Zon Asia Selatan mempunyai pelbagai suku bangsa dan kumpulan etnik
Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan haiwan untuk
perubatan serta menyediakan maklumat berguna berkaitan penggunaan haiwa.
Terdapat 270 jenis penyakityang telah
direkodkan yang dirawat menggunakan haiwan. Antara faktor penggunaa perubatan
kaedah ini kerana rawatan dari pusat kesihatan moden sukar diperolehi bahkan
faktor geografi di mana masyarakat peribumi kepada spesies haiwan yang wujud
dipersekitaran mereka untuk rawatan penyakit. Faktor sumber spiritual juga
berkait rapat dengan mereka seperti petunjuk atau ramalan cuaca dimana mereka
percaya apabila melihat ular atau kucing di sesuatu kawasan akan membawa
petunjuk tertentu. Pengkaji menggunakan jadual untuk menghuraikan hubungan kaum
peribumi dan haiwan dalam perubatan dimana terdapat 9 etnik yang dijelaskan
melalui pelbagai sumber.
Levant dan Turki merupakan negara
yang menjadi fokus utama dalam zon Asia Barat menunjukan telah wujudnya
perubatan ini sejak kurun ke 10. Antara spesies digunakan adalah seperti Sperma ikan paus, Cangkerang telur burung
,batu karang, cacing, serigala, katak, kala jengking, siput, ulat sutera dan
larva, kepompong ulat sutera, landak, ikan salmon, kambing biri-biri dan
musang.
China terletak di antara zon Asia
Tengah dan Asia Tengah Laut masyarakat pribumi di India menggunakan
pelbagai spesies haiwan perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit
yang mencecah jutaan dolar setiap tahun. Perubatan tradisional ini telah mendapat pengiktirafan
daripada Pertubuhan Kesihatan Seduniaturut serta diterima oleh satu per empat
daripada penduduk dunia dan diguna pakai secara meluas diserata dunia. Antara
haiwan yang digunakan adalah gajah, monyet, ular dan kura-kura.
Antara kepentingan kajian secara saintifik terhadap penggunaan haiwan dalam
bidang perubatan adalah dokumentasi rekod untuk pada masa hadapan , memupuk kesedaran
dikalangan masyarakat pribumi dan umum serta dijadikan kajian pada masa
hadapan. Pengkaji juga
melihat bahawa perubatan akan menyebabkan peningkatan permintaan terhadap haiwan yang menyebabkan
pemburuan secara tidak terkawal berlaku secara tidak langsung. Selain itu,
pengkaji menekankan keberkesanan
terhadap penggunaan organ atau haiwan dalam perubatan tradisional memerlukan mendapatkan
kerjasama komuniti pribumi untuk mengawal penggunaan haiwan dalam perubatan
tradisional. Pengkaji mengharapkan akan ada kajian saintifik yang dapat membuktikan kepercayaan
dan amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat pribumi demi
manfaat kepada manusia tanpa memberi kesan
kepupusan terhadap haiwan ciptaan yang Esa
Monday, August 27, 2012
INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION IN BRUNEI DARUSSALAM : PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES
KRITIKAN JURNAL:
INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION IN BRUNEI DARUSSALAM :
PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES
PHILOSOPHICAL ISSUES AND CHALLENGES
Abstrak
Dalam bahagian abstrak penulis menjelaskan
tujuan kajian ini untuk menyelidik semula pelaksanaan Integrasi Pendidikan
Islam di Brunei. Dari aspek latar belakang, penulis menjelaskan tentang
pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam bermula selepas tahun 2004. Melalui
dapatan kajian penulis menyatakan bahawa program bersepadu atau Integrasi
Pendidikan Islam ini diterima baik oleh masyarakat namun para pendidik tidak
dibekalkan dengan ilmu yang lengkap untuk merealisasikan visi tersebut.
Pengenalan.
Penulis menghuraikan konsep Integrasi
Pendidikan Islam dengan membawa
pandangan tokoh seperti Al-Attas, al-Shaybaniy dan Maimun Asqha Lubis. Pengkaji menekankan bahawa pendidikan
adalah proses pengisian sesuatu kedalam
diri manusia. Proses pembentukan manusia yang dinamik ini berlaku secara
beransur-ansur ini mampu membentuk manusia menjadi individu yang lebih baik . Integrasi Pendidikan Islam
menekankan tentang :
1.
Untuk
menghasilkan manusia alim’ yang sentiasa menhambakan dirinya untuk Allah
2.
Untuk
melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat
3.
Untuk
membina modal insan melalui persepaduan jiwa, akal dan badan
4.
Untuk
membentuk insan yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan
khalifah
Integrasi pendidikan Islam berfokuskan kepada pelaksanaan Islam
sebagai kerangka yang menyeluruh dan
menolak sebarang unsur secular yang bersumberkan daripada Al-quran dan
as-sunnah dalam membina masyarakat madani . Namun pengkaji berpendapat bahawa persepaduan
ilmu ini hanya boleh dicapai melalui strategi, pendekatan, metod dan teknik
yang efektif dalam pelajaran dan pembelajaran.
Falsafah Dalam Integrasi Pendidikan Islam.
Objektif
bagi Integrasi Pendidikan Islam yang dilaksanakan di Brunei Darussalam adalah
bersifat holistik dan dominan bagi mengatasi pendidikan sekular. Berdasarkan
rajah yang dikemukakan oleh pengkaji dapat dilihat bahawa Integrasi Pendidikan
Islam yang dijalankan di Brunei mengutamakan pembangunan spiritual untuk
menghasilkan pencapaian modal insan menerusi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor. Insan yang lahir daripada pendidikan ini diharapkan menjadi insan
yang seimbang dan jauh daripada unsur
negatif.
Menurut pengkaji falsafah Integrasi Pendidikan
Islam ini wujud daripada konspe manusia sebagai khalifah dimana manusia dicipta
untuk mentadbir bumi ke peringkat tamadun yang tertinggi. Dalam menghuraikan
teori ini secara terperinci tiada sumber
yang dinyatakan oleh pengkaji sebaliknya isu ini dikuatkan dengan hujjah ini yang
memberatkan tentang keutamaan ilmu itu dalam menerusi surah al-alaq (1-4), surah al-Mujadalah (269)
dan surah al-Baqarah (269).
Kesan Sistem Integrasi Pendidikan Islam di Brunei
Konsep Integrasi Pendidikan Islam ini telah
mula dibincangkan sejak tahun 1970 dan berjalan dengan baik kerana mendapat
sokongan padu daripada pemimpin dan disokong padu dengan falsafah “ Melayu
Islam Beraja”. Negara Brunei yang telah
melatakkan Islam sebagai agama rasmi memandangkan majoritinya penduduknya
adalah muslim. Pada 1972 Pesuruhjaya Pendidikan telah mengemukakan cadangan dasar asimilasi Islam dalam pendidikan dimana
semua subjek yang diajar perlu bercirikan dan berdasarkan syariat Islam.
Akhirnya konsep ini diperkenalkan pada tahun 1985 selepas ia dululuskan.
Beberapa penambahbaikan telah ditetapkan
oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan, Brunei Darusslam dalam objektif pendidikan di Brunei bermula pada
tahun 1972. Perubahan ini bertujuan mengukuhkan Pendidikan Islam dalam
memastikan nilai-nilai Islam dapat diasimilasikan dalam sistem pendidikan
melalui kurikulum sekolah.
Terdapat laporan yang menjadi sumber utama
dalam membentuk kerangka sistem Pendidikan Brunei yang juga tidak dinyatakan
sumbernya oleh pengkaji. Laporan ini
menggesa pembangunan dan pengukuhan Melayu Islam dan Monarki dimana Isla
menjadi asas kekuatan. Beberapa konvensyen telah dijalankan dalam menjana idea untuk
mencari pendekatan yang efektif untuk pelaksnaan Integrasi Pendidikan Islam. Antara yang dicadangkan di dalam konvensyen adalah
1.
Mengadakan
perbincangan tertutup antara Kementerian Pendidikan dan Kementeriaan
Perhubungan Agama dan mana-mana organisasi yang berkaitan untuk membincangkan
tentang integrasi pendidikan islam
2.
Untuk
membentuk jawatankuasa yang merancang, menerima dan melaksanakan Integrasi
pendidikan Islam
3.
Untuk
memberi kefahaman tentang kepentingan Integrasi Pendidikan Islam kepada seluru
rakyat Brunei melalui seminar, taklimat, kursus dan media
Dalam mengukuhkan Integrasi Pendidikan Islam
ini, beberapa aspek yang telah
disenaraikan oleh pengkaji iaiatu
1.
Pendidikan guru
Guru perlu
dilatih untuk berfikir dan mempamerkan akhlak yang baik berdasarkan syariat
Islam dan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Oleh yang demikian pemilihan guru bukan
semata-mata berdasarkan akademik sebaliknya turut mengutamakan personaliti dan
penampilan. Kurikulum Pendidikan Guru perlu disemak semula dan beberapa
kursus seperti Falsafah Pendidikan Islam
dan Sejarah Pendidikan Islam perlu dimasukkan didalam silibus. Guru perlu
dilatih tentang metodologi, aspirasi dan contoh baik yang perlu dilaksanakan
dalam pembelajaran.
Pengkaji juga berpendapat sistem ini tidak akan berjalan lancar tanpa
latihan yang mantap kepada guru dimana guru perlu faham tentang konsep,
falsafah dan objektif Integrasi Pendidikan Islam ini. Guru juga perlu melalui
proses pendidikan secara integrasi iaitu kesepaduan ilmu naqliah dan ilmu aqliah di universiti
atau kolej latihan perguruan. Seandainya pihak universiti dan kolej latihan
perguruan tidak mampu meneydiakan sistem pendidikan bersepadu kepada guru-guru
yang kebanyakkannya dilatih berdasarkan sistem sekular maka ini jelas membuktikan
objektif Integrasi Pendidikan Islam sukar
untuk dijanakan.
2.
Buku teks
Jabatan Perkembangan Kurikulum memainkan peranan penting dalam penyediaan
dan penerbitan buku teks untuk dijadikan bahan bacaan Integrasi Pendidikan
Islam. Projek ini Berjaya mendapat kerjasama daripada ilmuan Islam dalam
menerbitkan buku yang bersesuaian.
3.
Peranan Guru
Islam memuliakan peranan guru memandangkan guru adalah menyambung peranan
Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwah Islam. Oleh yang demikian guru perlu
melengkapi diri mereka dengan ilmu, kemahiran, personaliti, akhlak dan sikap yang bersesuaian dengan peranan
mereka sebagai “qudwah hasanah” kepada plejar
4.
Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum juga memainkan peranan
dalam mengembangkan potensi pelajar. Aktiviti yang dijalankan mampu
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, pengalaman,, sikap dan personaliti
pelajar. Terdapat 6 prinsip yang mendasari
sistem pendidkan ini iaitu
1.
Ilmu
pengetahuan adalah bekalan utama untuk individu menghadapi cabaran kehidupan
dan memperolehi lebih banyak ilmu serta
mampu meningkatkan kehidupan secara berterusan
2.
Penguasaan ilmu akan meningkatkan kemampuan
berfikir manusia, hasilnya pelajar mampu menyuarakan pandangan secara jelas dan
kritis. Di sekolah pelajar perlu dilatih dalam pelbagai aspek supaya
pelajar tahu untuk menyelesaikan masalah secara efektif
3.
Integrasi
Kurikulum perlu mengandungi element spiritual, kemanusiaan dan patriotism yang
mampu membangunkan moraliti pelajar.
4.
Mempromosikan
dan membangunkan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam mendapaatkan ilmu merupakan
langkah yang penting memandangkan kemampuan pelajar menguasai ilmu turut
dipengaruhi oleh faktor bahasa.
5.
Mewujudkan
budayaa sikap mencintai ilmu dan budaya membaaca
6.
Nilai
– nilai murni yang merentasi subjek perlu ditanam secara kreatif dan
menyeronokkan dalam pembelajaraan.
Cabaraan dalam Pelaksanaan Integrasi Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan elemen
terpenting dalam elemen pendidikan. Islam membentuk kerangka ilmu bagi setiap disiplin
ilmu yang lain. Oleh yang demikian guru bukan sahaja perlu menguasai ilimu yang
akan disampaikan sebaliknya turut menzahirkan akhlak yang terpuji untuk
merealisasikan objektif Integrasi Pendidikan Islam
Dalam menghadapi cabaran di abad 21 ini negara amat memerlukan individu
yang bersikap terbuka dan mengamalkan sikap toleransi antara agama. Dua
karekter ini merupakan produk utama keberhasilan Integrasi pendidikan islam.
Oleh yang demikian pelajar memerlukan pendidik yang bukan sekadar memberikan ilmu
sebaliknya dapat membakar semangat pelajar dalam mencapai objektif ini dengan
nilai-nilai yang diterapkan sebagai persiapan menjadi insan yang berguna
terhadap masyarakat.
Pengkaji juga menyatakan cabaran
yang terhebat adalah untuk memastikan segala pembelajaran yang mengandungi
nilai dan roh Islam yang dipelajari disekolah dapat diteruskan di rumah. Tidak
dinafikan cabaran yang dihadapi pada zaman kini dalam mengekalkan ‘biah”
yang baik ini merupakan tugas yang lebih mencabar daripada zaman sebelum ini.
Perjuangan ini menuntut kesabaran dan ketekunan secara berterusan .
Oleh yang demikian pengkaji menyarankan bahawa pendidikan dan pembelajaran
perlu disepadukan yang mampu melahirkan
individu yang bukan sehaja berilmu bahkan cemerlang dari aspek integriti,
bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Maka dalam
merealisasikan pelaksanaan Integrasi pendidikan islam terdapat empat faktor
utama yang perlu dititik beratkan.
1.
Kreativiti
– menggunakan pelbagai metodologi dan pendekatan di dalam kelas. Kreativiti
membantu dalam peningkatan pedagogi dan meningkatkan qualiti pendidikan masa
hadapan dan ummah. Ini boleh dicapai melalui pembangunan pedagogi, pembelajaran
dan pentadbiran.
2.
Reflectivity
: respon terhadap pemikiran yang menggunakan strategi meta-kognitif
3.
Persefahaman : sistem yang menonjolkan
simbiosis dalam hubungan dalamaan yang
merujuk proses menerima dan memberi. Pelaksanaan
sekolah bestari merupakan hasil kesepaduan dan kerjasama antara pihak
pentadbiran, guru dan pelajar dalam menghasilkan suasana yang harmoni
4.
Amanah: Islam menekankan tentang konsep amanah
dimana amanah yang telah dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan di hari
akhirat kelak. Maka semua
pihak akan melaksanakan amanah dengan adil dan iklas.
Kesimpulan
Pengkaji melaksanakan kajian berdasarkan
kajian perpusatakaan. Namun didapati
banyak petikan – petikan yang tidak dinyatakan sumber dengan tepat bahkan
wujudnya keraguan dalam sumber yang dinyatakan. Pengkaji banyak mengulas tentang pelaksanaan, cabaran
dan implikasi daripada Integrasi Pendidikan Islam ini namun pengkaji tidak
menjelaskan secara terperinci sama ada
sistem ini berjaya atau tidak dalam menghasilkan generasi yang holistik.
Dalam erti kata yang lain pengkaji tidak menghuraikan dapatan kajian secara
lebih mendalam untuk membolehkan mengkaji menilai kembali kewajaran sistem ini
diteruskan atau dirombak. Pengkaji juga ada menyebut tentang sekolah rintis di
bahagian abstrak yang telah menggunakan sistem Integrasi pendidikan namun
perkara tidak diterangkan secara lanjut dalam mana-mana bahagian. Bagaimanapun
pengkaji menggunakan bahasa yang mudah difahami secara umumnya dapat dijadikan sebagai sumber akses bagi rangka
sistem pendidikanan di Brunei
Darussalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)